Bayam Masak Air Bersama Ubi Keledek Yang Menjadi Kegemaran

Thursday, December 15, 2016

Korang suka sayur apa? KakNi kalau nak cerita pasal sayur kegemaran tipu pulak kalau cakap bayam je sebab kakNi memang suka sebenarnya makan sayur.

Sejak jadi mak-mak dan ada anak kecik ni memang rajin pulak masak bayam dengan ubi keledek ni. Sebabnya anak-anak yang kecik Cik Aimy dan Tuan Anas ni memang suka makan ubi keledek ni. Sejak masak macam ni, bayam pun diaorang makan jugak kalau tak?


Lagipun bayam ni memang sangat bagus untuk anak-anak makan. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, mangan, vit A, vit B dan C. Yang baik untuk menyokong keperluan tumbesaran mereka.

Selalu kalau nak beli bayam, sawi ke atau sayur-sayur lain memang pilih daun yang ada lubang. Konon ulat ada makan maknanya racun sikit la tu disembur. Hakikat? Memang kita tak tau la kan. Sembur racun lagi nak cegah serangan makhluk perosak. Tanah pulak penuh dengan baja kimia. Tanah pun tak ada nutrisi, macam mana sayur tu nak penuh dengan nutrisi. Kita masak lagi, silap-silap nutrisi sayur tu tak sampai suku percent je kita dapat.

Siapa yang rajin boleh berkebun sendiri kan. Elak semua-semua yang merosakkan nutrisi sayur ni. KakNi pun memang rajin haha tapi duk bandar ni tanam pasu je la. Bila rajin tanam kucing la pulak rajin kencing. Huwaa..siapa ada cara tak nak bagi kucing datang kacau nanti bagitau ye.

Zaman atuk nenek kakNi dulu, nak makan sayur ke ulam ke petik je belakang rumah. Masa ni mana ada penggunaan racun ke atau baja kimia berleluasa. Nak pakai baja guna je sumber organik macam bahan bakar dan baja semulajadi. 

Sebab tu sekarang kalau sekadar nak makan sayur sahaja untuk amik nutrisi memang tak cukup. Kena amik makanan tambahan lain untuk tampung lompong-lompong yang tak cukup tu. Kenapa perlu nutrisi yang cukup? Makanan kepada sel adalah nutrisi yang baik dan mencukupi untuk mereka bekerja membina ketahanan badan, membaiki sel yang rosak, menentang sumber radikal bebas, membina sel yang sihat. Apabila organ badan bekerja dengan cekap maka risiko kita diancam penyakit dapat dikurangkan. 

Banyak amik sayur dan buah, gaya hidup sihat dan tambah dengan makanan tambahan antara pilihan bijak. 

Betul betul?

KakNi 0137773122
Sebarkan Kebaikan


You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *