Wednesday, 28 December 2016

Bisnes Online Tanpa Modal Beribu Dan Tak Perlu Berhujan Panas

Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada orang pm kakNi kat Telegram. Dia ajak join bisnes dia. Panjang lebar dia cerita pasal bisnes dia. KakNi dengan ramah dan tulisan nada gembira siap ada tanda senyum joget bagai bagitau la dia takpe terima kasih sebab ajak kakNi tapi kakNi tak berminat. 

KakNi cerita la kakNi setia pada bisnes yang satu ni sebab terbukti selamat dan ada landmark study. Lepas tu nak buat bisnes Shaklee ni tak payah nak keluar modal beribu riban pun. 

KakNi selesa jalankan bisnes Shaklee sebab :

1) KakNi tak payah nak keluar rumah nak poskan barang sebab urusan pembelian boleh buat secara online je. Yang ni kakNi amat suka la sebab tak payah nak bersusah payah keluar dengan anak-anak gi pejabat pos. Customer order dan bayar dan kita pulak terus order online je

2) Tak payah keluar modal pun. Kongsikan je kebaikan produk Shaklee di blog atau FB. Ada order dari customer nanti order je online. Senang kan?

3) Tak payah simpan stok. Banyak kan bisnes yang perlu amik stok dulu kan? Kau bayar sekian harga dan amik stok sebanyak ni. Lepas tu kau juallah, tak habis itu stok maka tanggunglah rugi sendiri. Tak payah dik, tak perlu tu semua. Gudang Shaklee yang jaga semua tu. Kita buat kerja kita je, berkongsi kebaikan dan tolong orang sihat.

4) Produk selamat dan ada Landmark study. Ini penting ni sebab yang membezakan Shaklee dengan yang lain adalah kajian klinikal dan adanya Landmark study. Claim semua orang boleh claim kan?


5) Kat mana-mana je boleh buat bisnes asalkan kau ada internet. Maklumlah macam kakNi ni banyak masa dengan anak. Jadi telefon adalah gadjet yang terpenting sekali untuk update fb, tulis blog, update ig, whatsapp customer, buat order online dan semuanya la. 

Kadang update blog sambil tidurkan anak, whatsapp customer sambil tunggu anak balik sekolah, tunggu nasi masak pun boleh update blog dik. Tengah masak kau jangan pegang telefon pulak kang masuk dalam periuk jadi lauk pulak dik! 

Best tak? Cepat hubungi kakNi tau!

KakNi
887558