Tuesday, 13 December 2016

Mee Udang Dan Ketam Warung Paksu Kuala Juru

Disebabkan kami sendiri pun tak tau tempat mana nak makan di area Bukit Mertajam ni. Jadi kami pun google je la apa yang best di sini.

Hasil carian semua bagitau warung Paksu ni memang best gile! Jadi untuk makan malam kami di sini, ke warung Paksu la tujuannya. Sampai je warung ni ada papan tanda cakap makanan HABIS!

Laa..tapi pekerja bagitau yang tinggal hanya ikan dan ketam sahaja. Mee pun habis. Ok la tu kan, dah malas nak cari tempat makan lain. 

Order kami pada malam tu, siakap 3 rasa, ketam cili, telur dadar untuk anak-anak dan sayur kailan. 


Ini je gambar yang sempat dirakam sebab semua dah serbu makan. Ikan sampai kemudian. Ya Allah! Kenapa la sedap sangat ni! Rasa nak cedok kuah tapau bawak balik haha

Dari ketam cili dan ikan siakap 3 rasanya memang beribu bintang rasa nak bagi. Kalau korang ada di area Bukit Mertajam wajib datang makan sini tau! Warung dia ni bersambung je dengan rumah pemiliknya. Rasa macam makan kat bawah rumah je. 


Anak-anak pun best makan ikan. Ketam semestinya mak diaorang yang kena korekkan isi 😂

Serius sedap sangat korang! Alhamdulillah dapat hadir ke Penang ni dan dapat rasa makan char kuew teow dan mee udang. Lain kali kita jelajah lagi ye. 

Sekian catatan di bumi Utara tanah air. Panjang umur kita jumpa lagi.