Resepi Laksam Yang Senang Je Nak Buat

Sunday, December 25, 2016

Siapa suka makan laksam tapi tak pandai nak buat? Meh amik resepi ni dan buat. Alah senang sangat je. KakNi memang suka makan laksam tapi sebelum ni tak tau buat dan rasa susah nak buat.

Bila anak-anak pun suka makan laksam tak larat pulak nak membeli. Segulung pun dah Rm3.50, kalau 2 orang nak beli dah berapa ringgit pulak tu kan. Beli tepung beras baru berapa ringgit boleh buat dua kali laksam lagi.

KakNi baru lepas masak laksam semalam. Nak kongsi resepi kat sini supaya senang kakNi nak rujuk nanti maklumla nanti lupa. 


Ok jom tengok bahan-bahannya!

Apa yang diperlukan :

Tudung periuk leper yang tak ada pemegang
Pengukus

Bahan Untuk Laksam :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar santan
Sedikit garam
6 cawan air suam

Kacau sebati semua bahan-bahan ni dan ketepikan
Panaskan kukusan. Ambil tudung periuk sapukan dengan sedikit minyak dan letak dalam kukusan. Ambil sesenduk adunan dan tuang di atas tudung periuk. Agak-agak tak tebal dan tak nipis. Tutup kukusan dan biar dalam 5 minit

Angkat dan ambil sudu untuk memudahkan adunan keluar dan gulung

Bahan Untuk Kuah (lebih kurang 6 orang makan)

5 ekor ikan sardin yang telah direbus dengan asam keping (air rebusan jangan dibuang)
4 ulas bawang merah
Sesudu lada hitam 
Sedikit halia

Blenderkan semua bahan ini. Masukkan dalam periuk bersama beberapa keping asam keping dan 1 kotak santan
Kacau supaya tak berketul
Perasakan dengan garam dan gula

Siap untuk dimakan!

You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey