Saturday, 14 January 2017

Resepi Bihun Sup Yang Sedap Dan Senang Nak Buat

Siang tadi masakkan bihun sup untuk anak-anak. Alhamdulillah seronok tengok anak-anak makan bertambah-tambah. 

Walau sesimple bihun sup je pun tapi bila anak makan tak cukup satu mangkuk. Hilang segala penat masak (macam la penat sangat kah kah) 

Macam biasa kakNi nak kongsi resepi kat sini supaya nanti kemudian hari nak masak kalau agak-agak lupa boleh rujuk blog haha..

Ok, resepi ni anggaran untuk makan 6-8 orang dewasa. Kalau agak-agak banyak nanti boleh agak-agak je kurangkan sikit bahan-bahannya.

Bahan-bahan blend: 
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sudu mkn jintan manis
2 sudu mkn jintan putih
2 sudu mkn serbuk ketumbar

Cara-cara :
Rebus seekor ayam
Bila dah masak carikkan isi ayam dan ketepikan...simpan air rebusan

Tumis kulit kayu manis..bunga lawang..bunga cengkih..buah pelaga dan bahan blend..bila dah masak masukkan air rebusan ayam tadi. 

Bila sup mendidih masukkan 3 kiub pati ayam. Tunggu sup direneh agak lama sikit biar sebati semua bahannya


Resepi Sambal Kicap

5 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi
Kicap lemak manis (KakNi guna kicap Tamin je)
Bawang putih dan cili dipotong kasar dan digoreng dengan sedikit minyak sampai keperangan sedikit.

Kemudian boleh la ditumbuk sampai agak lumat dan dicampur dengan kicap. Kalau nak cair boleh tambah sedikit air. 

Dah siap bihun supnya. Kalau ada begedil lagi sedap!

Kalau cuba jangan lupa komen ye