Bisnes Online Shaklee Untuk Suri Rumah Berniaga Tambah Pendapatan

Sunday, May 14, 2017

Assalamualaikum WBT

Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun kakNi tinggalkan dunia bekerjaya hakiki. Walau tak ada la berjawatan besar pun tapi alhamdulillah itulah yang menjadi sumber rezeki pertama kakNi selepas tamat belajar.


Bila dah tak bekerja dan secara rasmi jadi suri rumah sepenuh masa..syukur sangat sebab anak-anak 24jam depan mata. Walau kadang memang menuntut kesabaran luar biasa kakNi tak menyesal tinggalkan kerjaya.

Ramai kawan-kawan cakap..rugi la berhenti kerja nak cari kerja zaman sekarang dah la susah, nanti dah tak ada pendapatan sendiri dan harapkan duit suami je..susah tu.

Eh zaman sekarang apalagi buat bisnes online la. Dalam banyak-banyak bisnes online memang dah tertulis rezeki nak bersama dengan Shaklee. Dari yang tak reti meniaga tapi bila bersama Shaklee dan bantuan dari upline-upline Alhamdulillah dapat ilmu yang sangat banyak dalam memulakan bisnes.


Bisnes Shaklee la yang paling hot. Boleh buat tambah pendapatan tanpa perlu susah payah fikir pasal rugi, modal dan stok.

Sebab kenapa pilih bisnes Shaklee?

1) Produk Terbaik Di Dunia

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang keluarkan multivitaminnya iaitu mineralised pada tahun 1915. Cer kira dah berapa tahun dah tu? 102 tahun!

Terbaik tak? Multivitamin pun dah berusia lebih 100 tahun. Shaklee jugak satu-satunya company yang gila melabur juta-juta USD malah billion untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk.

Kalau nak fikir untung tak payah buat pun takpe kan. Tapi Shaklee sangat komited untuk keluarkan produk yang benar-benar selamat kepada penggunannya.

Hasilnya, Shaklee tak payah bayar untuk iklan pun. Testimoni bergerak dari mulut ke mulut setelah ramaiiiiii berpuas hati dengan keberkesanan Shaklee. Ada pengguna di Malaysia dah gunakan Shaklee lebih dari 30 tahun dah.

2) Sistem Online 100%

Ni yang bestnya untuk suri rumah yang 24 jam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak.
Sambil tidurkan anak pun boleh proceed order. Sambil tunggu anak keluar dari sekolah pun boleh daftarkan keahlian.

Setiap ahli akan dapat access ke web Shaklee2u ni melalui id masing-masing. Dalam web shaklee2u ni korang boleh :

● Buat pembelian online
● Check status order
● Daftar keahlian
● Check bonus
● Update promosi semasa
● Jadual seminar atau bengkel kesihatan
● Tengok prestasi group bisnes
● Download artikel-artikel kesihatan



Semuanya di hujung jari. Dari tekan-tekan gadjet tak ada tujuan lebih baik tekan-tekan boleh buat tambah pendapatan kan?

3) Peluang sama rata

Kau dah master lain la..ko dah banyak pangkat untung la...hakikatnya dalam bisness shaklee peluang adalah sama setiap orang tak kira korang adalah distributor mahupun Master Coordinator sebab setiap bulan prestasi bonus adalah bermula dengan 0.

Masa awal-awal berbisnes Shaklee dulu terujanya tengok masing-masing update naik rank la, dapat jual Vivix 50 botol la yang mana mesti uv ribu riban ni.

Bila upline terangkan yang setiap awal bulan semua uv adalah 0 dan tiada carry forward uv..maknanya peluang setiap orang adalah sama.

Jadi inilah bisnes online yang tak perlu fikir pasal rugi, nak simpan stok dan nak sewa kedai bagai. Gunakan saja semua medium online yang ada untuk jana pendapatan sendiri.

Siapa kata suri rumah tak boleh ada income sendiri? Beribu suri rumah bershaklee dah buktikan yang mereka dah capai hampir 10 angka setiap bulan.

Nak daftar keahlian dan masuk group best iReach segeralah hubungi kakNi ye!

Aniey Yusoff
ID : 887558

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey