Tips Mengawal Hipertensi Supaya Tak Berisiko Rosakkan Buah Pinggang

Thursday, May 04, 2017

Assalamualaikum WBT


Arwah mak kakNi mengidap hipertensi atau darah tinggi dan jugak alami masalah buah pinggang. Batu karang pada buah pinggang dan sudah dilakukan operation membuang batu tersebut. Pada masa ni Doktor kata satu buah pinggang tu sudah gagal berfungsi dengan baik. Dan hanya bergantung pada satu lagi buah pinggang. 

Masa ni kakNi masih kecik lagi, masih sekolah rendah. Umur 11 tahun kalau tak silap. 15 tahun kemudian arwah mak sekali lagi dikesan alami kegagalan buah pinggang sehingga doktor putuskan untuk dilakukan dialisis. Tapi perancangan Allah, mak kakNi tak sempat nak buat dialisis..Allah dah menjemputnya kembali padaNya. Alfatihah untuk arwah mak Rahimah Awang 2008.



Kaitan Hipertensi Dan Kegagalan Buah Pinggang

Sering kali kita dengar kan penyakit yang akan datang berangkai bila kita dah hidapi salah satu penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. 

Sistem tubuh kita Allah ciptakan fungsinya saling berkait antara satu sama lain. Saling lengkap melengkapi setiap satu fungsi. Sebab itu bila salah satu gagal berfungsi ia akan memberi kesan 'traffic jem' kepada fungsi yang lain.

Buah pinggang mempunyai peranan penting dalam pengawalan tekanan darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat. 

Hipertensi merupakan salah satu punca utama kegagalan buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan.

Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting terutama buah pinggang. Seterusnya ini akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.

Hipertensi juga boleh menjadi satu komplikasi penyakit buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan dalam mengekalkan tekanan darah dalam julat sihat. Buah pinggang yang rosak akan kehilangan kemampuan membantu mengawal tekanan darah. Hasilnya, peningkatan tekanan darah akan berlaku. Oleh itu, hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang menjadi semakin teruk. 

Apa Nak Buat Kalau Korang Individu Berisiko?

Paling berisiko bila ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit tersebut macam kakNi. 

1) Cukupkan pengambilan air kosong seperti yang disarankan. Cecair berupaya membersihkan toksin yang terkumpul dalam badan.

2) Kurangkan penggunaan garam dan gula berlebihan dalam masakan

3) Lebihkan pengambilan buahan dan sayur

4) Pengambilan makanan tinggi omega-3 yang kaya dengan asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang

5) Elakkan merokok

6) Jalani hidup yang sihat

7) Ambil makanan yang tinggi antioksidan. 

Pilihan kakNi ialah ambil Vivix. Perlu diketahui Vivix bukan ubat tapi makanan, ia nutrisi tambahan yang tinggi dengan resveratrol yang terbukti membaiki sel dari peringkat DNA lagi.


Mencegah itu jauh lebih baik dari menjalani dialisis kan? Jaga ia selagi masih berfungsi dengan baik. Bila dah rosak sudah tak berguna lagi.


Menjalani dialisis jauh memerlukan kos yang lebih mahal berbanding sebotol Vivix. 


Untuk pembelian Vivix ini korang berpeluang untuk menjadi ahli secara PERCUMA. Malah dapat cash back lagi. Segera hubungi kakNi tau!

Aniey Yusoff
ID 887558








You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *