Tuesday, 15 August 2017

Alternatif Semulajadi Pilihan Ibu Untuk Mengurangkan Asma Anak

Ubat dan rawatan semulajadi tanpa steroid adalah dua bidang yang berlainan. Ubat fungsinya untuk menyembuh dan membaikkan akan tetapi rawatan semualajadi lebih kepada pencegahan ke arah pemulihan. 


Jadi sekiranya kita sakit memang kita amat perlukan ubat untuk sembuh. Tambah-tambah lagi sekiranya berkaitan penyakit asma. Rawatan segera amat penting kerana asma mampu meragut nyawa. Tapi sekiranya kita sihat sememangnya kita tak perlukan ubat kan tetapi perlukan sesuatu untuk kekal sihat.

Anak saya, Alyaa telah bermula dengan ubat-ubatan yang berunsurkan dadah ini kerana dia ada asma. Memang amat perlukan rawatan, walaupun rawatan untuk asma adalah selamat tetapi setelah sekian lama saya sudah tidak sanggup lagi terus membiarkan dia mengambil ubat-ubatan lagi, ini bermakna kakak Alyaa kena sihat supaya tidak perlu terus bergantung pada ubat.



Adakah Asma Mampu Dipulihkan?

80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau terus sembuh menjelang usia 5 tahun. Sebilangan akan sembuh menjelang usia 20-25 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang terus menghidap asma sehingga dewasa



Walaupun asma secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal. Ini adalah kerana asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa. 

Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak turut terbantut.

Pilih Pencegahan Semulajadi

Selain mengelakkan faktor pencetus kepada alahan, pilihan saya adalah memberi Alyaa nutrisi semulajadi yang paling selamat iaitu Nutriferon dan Omega

Kenapa Paling Selamat?
  1. Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk shaklee adalah Always Safe.
  2. Lebih $250 juta telah Shaklee laburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  3. 350 ujian dijalankan bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
  4. Hanya bahan semula jadi paling asli dan paling tulen yang digunakan dalam ramuan produk Shaklee
  5. Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
  6. Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk shaklee.
Boleh baca Keunikkan Shaklee


Adalah interferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa.

Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Pentingnya interferon :

1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
2. Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh.
3. Melindungi dari influenza.
4. Melindungi dengan berkesan daripada serangan virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
5. Meringankan stress dan kelesuan.
6. Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam omega guard ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Alhamdulillah untuk semua asbab ini yang telah membantu Alyaa bebas dari asma. Inilah shaklee effect keluarga kami.

Jom pilih rawatan semulajadi untuk anak-anak kita yang ada masalah asma. Hubungi saya :

Aniey Yusoff
aniey434@yahoo.com

Resepi Ayam Masak Merah Untuk 4 Ekor Ayam

Alhamdulillah sabtu lepas kakNi ada masak untuk keluarga dan jiran tetangga. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai.
Kali ni menu yang kakNi masak adalah nasi dagang, gulai ikan tongkol, ayam masak merah, daging masak hitam, mee kari dan nasi jagung. 

Wahh banyak jugak berjaya masak walau sorang-sorang duk berperang kat dapur huhu..

Macam biasa kakNi kongsikan resepi masak kat blog supaya senang agak-agak lupa kang kakNi belek sini balik hihihi

Okeh! Bahan-bahannya :

4 ekor ayam potong kecil atau potong 16 - bersihkan dan lumur garam sedikit dan kunyit
- goreng separuh masak

Cili kering yang dah siap kisar (kakNi kisar bersama minyak masak bagi tahan lama simpan dalam peti)

3 batang serai
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji tomato belah 8
Bahan Blender
2 biji bawang holand
4 biji bawang merah besar
1 biji tomato

Bahan atas ni kisar bersama
Bahan bawah ni kisar asing dengan bahan atas

2 labu bawang putih
3 inci halia

Cara-cara

Tumis 4 sekawan
Masuk pulak bahan kisar bawang putih dengan halia dulu. Tumis sampai wangi

Baru masuk bahan kisar bawang merah pulak. Dah wangi masuk pulak cili kering kisar. Agak-agak ikut kepedasan. KakNi letak sikit sos cili. Serai jangan lupa masuk skali...
Tumis sampai pecah minyak lepas tu boleh la masukkan ayam dan tomato belah 8. Kacau agak lama sampai ayam betul-betul kecut (kakNi suka sampai ayam agak hancur sedikit (agak-agak tulang senang lerai dari isi tu la)
Perasakan la dengan garam sikit dan gula melaka.

Merecik-recik ko..habis 1 dapur kena bersilat bersihkan.

Okeh! Siap! Alhamdulillah sedap!

Apa Berlaku Apabila Kanak-kanak Demam?



Bila anak demam antara orang yang paling risau tentulah ibunya kan. Sabtu lalu Affan demam panas, makan ubat demam hanya kebah sejam lebih sahaja. Lepas tu suhu makin meningkat balik. Kain tuala buat jelum kepala dan badan memang tak lekang dari badan. Sesekali bagi mandi, tengah malam tu ibu keluar pergi petik daun bunga raya kat luar rumah buat ramas dalam air jelum. 



Petua orang kampung nak bagi turunkan suhu badan. Juga beberapa titis air basic H. Esokkannya kakak Alyaa pulak demam. Situasi yang sama dengan Affan, makan ubat pun kebah sekejap sahaja. Setelah berjumpa Doktor paediatrik Alyaa dan Affan diberikan antibiotik kerana ada jangkitan pada tekak mereka.

Kadang-kadang kita sebagai ibu ni nak jugak tau bagaimana, kenapa demam terjadi dan nak buat apa bila anak demam. Sebab kadang-kala demam mereka baik dengan sendiri tanpa apa-apa ubat. Selalunya kalau anak-anak saya demam dengan suhu yang tak membimbangkan saya hanya bekalkan mereka dengan pertahanan semulajadi sahaja iaitu dengan memberi 'first aid kit' di rumah iaitu nutriferon. 

Bagi 'askar-askar' dia bekerja menentang virus dan bakteria tanpa bantuan luar. Alhamdulillah esoknya demam dah baik. Tapi sekiranya demam yang membimbangkan elok segera berjumpa doktor.

Mengenali Apa itu Demam?

Suhu badan manusia berubah mengikut masa dan aktiviti. Lazimnya suhu badan akan menurun pada sebelah pagi dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam dan sekiranya anak-anak kita menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, bersukan dan sebagainya.

Demam adalah satu fenomena yang kerap berlaku dan merupakan antara punca utama kemasukan kanak – kanak ke dalam wad di seluruh dunia. Namun begitu, demam selalunya boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan di hospital.
Mengapa demam terjadi?

Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal. Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita.
Apakah penyebab demam?

Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:

  • Batuk dan selesema akibat jangkitan virus
  • Jangkitan pada tekak atau telinga
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan saluran kencing
  • Radang otak
  • Demam denggi
  • Demam campak
  • Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis

Kadang kala suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit seperti selepas mendapat immunisasi ataupun jika dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut bagi bayi yang kecil. Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Bilakah Perlu Berjumpa doktor dan tanda- tanda amaran yang perlu dikenalpasti?

Walaupun demam selalunya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, kita sebagai ibu bapa dan penjaga dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:

  • Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
  • Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
  • Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas

Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. 

Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:

  • Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
  • Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
  • Sawan
  • Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
  • Muntah atau cirit birit yang berterusan
  • Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
  • Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
  • Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
  • Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
  • Bengkak pada sendi-sendi
  • Demam yang berpanjangan
  • Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi

Apapun kita sebagai ibu kena sentiasa peka dan prihatin dengan kesihatan anak-anak kita. Alhamdulillah saya diizinkan Allah diberi peluang menjaga anak-anak 24 jam. Satu nikmat yang besar yang selalu disyukuri. Anak-anak membesar tanpa kita sedar dan kita pasti akan merindui setiap detik waktu yang kita ada bersama mereka nanti. Semoga kesayangan ibu membesar dengan sihat selalu.

Salam Sayang,

Aniey Yusoff
0137773122
aniey434@yahoo.com

Rujukan : Dr Alya Hamzah

Wednesday, 9 August 2017

Kesan Jangka Panjang Tulang Patah Selepas Kemalangan Jalan Raya Akhirnya Hilang Selepas 10 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Awal ramadhan lalu keluarga kami dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya sepupu kakNi bersama isteri dan anak kecil mereka yang baru berusia dalam 8 bulan. Allahuakbar..

Niat mereka sekeluarga pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk berpuasa bersama keluarga menjadi satu takdir yang akan dikenang sampai bila-bila. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa mereka sekeluarga walau kecederaan agak parah mereka alami.

Masing-masing suami isteri patah tangan, patah paha, patah tulang pinggul dan kecederaan dalaman. Mendengar patah tulang ni.. Allah seriau rasa. Mengambil masa panjang untuk pulih seperti biasa.

Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Teringat pengalaman sendiri yang terlibat dalam kemalangan masa tahun 2003 dulu. Masa ni naik motor bersama sepupu dan dilanggar jugak dengan motosikal lain di jalan besar Pasir Puteh - Kota Bharu. Sedar-sedar dah terbaring di tengah jalan raya. Nasib baik tak ada kereta lalu waktu tu kalau tak, tak tau la apa nasib selepas itu.

Masa ni kakNi berumur 20 tahun baru habis belajar matrikulasi dan sedang tunggu panggilan masuk ke Universiti tak lama lagi. Nak jadi cerita sepupu alhamdulillah tiada kecederaan serius manakala kakNi pula patah tulang selangka atau tulang bahu sebelah kanan.

Allahuakbar...derita rasa bila hilang kudrat untuk gagahkan diri. Nak tidur kena orang baringkan, nak bangun pun sama jugak. Berjalan lebih-lebih kan mula terasa ngilu kat bahagian tulang umpama tulang-tulang sedang bergeseran gitu. Mak la masa ni yang susah payah jaga kakNi. Lepas xray di hospital memang doktor cuma anduhkan tangan dan tiada apa-apa ubat..tunggu je la sampai baik. Sampai daging dah membaluti tulang kata Doktor.


Ginilah keadaannya..sumber Gambar
Selepas 3 bulan, dugaan lagi bila tangan tak mampu diangkat. Hanya mampu angkat separas telinga sahaja. Mula la masa ni sedih gile bila ingat dah tak sempurna dah aku ni. Mak bawak pergi berubat dengan ustaz, ustaz pesan supaya ambil putih telur ayam kampung setiap pagi untuk minum. Gigih la kakNi minum nak sihat punya pasal. Alhamdulillah selepas lebih kurang sebulan tangan berjaya diangkat tinggi sedikit.

Selepas dari kemalangan ni bermulalah episod kesan jangka panjang tulang yang patah ni. Langsung tak boleh mengangkat barang berat kerana terasa ngilu yang amat. Pernah tertidur mengiring di sebelah kanan tempat tangan patah tu. Masya Allah, bangun tu menangis kakNi sebab tangan rasa ngilu dan kebas yang amat. Sampai tahap tak boleh nak rasa la tangan tu. Menitik air mata menahan ngilu..

Beginilah keadaan yang kakNi terpaksa tanggung sampailah tahun 2013 yang lalu. Masa ni tengah mengandung anak ke 3 dan mula berkenalan dengan Set Lengkap Berpantang Shaklee. Yang mana ada ESP, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrik, Vitalea, Omega dan Alfalfa.

MasyaAllah rupanya bukan setakat membantu ibu-ibu kembali sihat dan bertenaga tetapi kakNi mula rasa perubahan yang sangat-sangat positif. Kalau dulu selalu sangat demam selsema yang macam nak pengsan asyik bersin je semakin sihat dan lama tak kena selsema, dulu resdung teruk sekarang dah hilang dan yang paling bersyukur sangat dan kakNi perasan adalah simptom-simptom kengiluan pada tulang tu semakin tiada. 

Kadang-kadang ada waktu baring menyusukan anak di sebelah yang kanan yang patah tu. Tiada lagi rasa ngilu dan kebas tu. Nangis bersyukur!

Supplement Untuk Tulang

Walaupun tak pernah amik khusus untuk tulang tapi bermula dari set berpantang membawa kepada perubahan yang baik dalam hidup kakNi.

Ostematrik iaitu tablet kalsium yang khasiatnya lebih dari segelas susu sampai sekarang kakNi tak pernah tinggal. Sebab kakNi tau orang perempuan sangat-sangat perlukan kalsium kerana kita ni banyak kehilangan kalsium terutama bila dah ada anak. Dan masa muda remaja dulu mana ada cukupkan keperluan kalsium sebagai bekalan untuk seterusnya. Ostematrik inilah yang sangat-sangat menjaga kebajikan tulang temulang kita dan juga otot.

Vitamin C juga wajib ambik sampai sekarang. Inilah rahsia resdung hilang, gatal hidung hilang dan juga baik untuk tulang sebab vitamin C ni lah yang bantu membina kolagen pada kulit dan menyokong peresapan kesemua vitamin dan mineral dalam badan.

Dah bagi cukup kalsium dan jaringan otot dan kulit yang sihat, kakNi tambahkan Omega untuk melincirkan pergerakan sendi-sendi sebab tak mau dah rasa sakit sendi tulang ni sebab tau bagaimana rasanya ngilu itu..tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah sekarang amat mensyukuri nikmat tulang dan sendi yang sihat. Tu yang kena jaga tu, sebagai supermak kena la pastikan semua sihat. Cuba sakit kaki atau lenguh-lenguh lutut tak berkejaran la nak amik dan hantar anak-anak dari sekolah pulak.

Cuba kalau sampai sekarang ni kesan ngilu tulang tu masih ada agak terbatas kakNi nak buat kerja. KakNi memang sangat yakin dengan Shaklee sebab ia adalah supplement yang paling selamat tanpa bahan bahaya dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. 


Alhamdulillah..boleh ber baby wearing dengan gembira

Inilah Shaklee Effect yang wajib saya bersyukur dan hargai. Jadi kena jaga betul-betul anggota badan kita ni. 10 tahun lamanya kesan jangka panjang akibat patah tulang yang kakNi alami akhirnya hilang!

Syukur dapat berkongsi dengan semua apa yang kakNi rasa bila tengok orang patah tulang. Sangat memahaminya bila rasa ngilu itu. Jika ada pertanyaan, boleh whatsapp sahaja kakNi 0137773122. KakNi bagi tips cepat sembuhkan luka dan pembaikan tulang.

Mahu tamatkan derita ngilu tulang? KakNi sedia membantu!

Ikhlas Dari Hati Yang Gembira Dapat Memberi Manfaat Pada Mereka Yang Memerlukan

Aniey Yusoff
0137773122

10 Tahun Mengalami Kesan Jangka Panjang Tulang Patah