Kesan Jangka Panjang Tulang Patah Selepas Kemalangan Jalan Raya Akhirnya Hilang Selepas 10 Tahun

Wednesday, August 09, 2017

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Awal ramadhan lalu keluarga kami dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya sepupu kakNi bersama isteri dan anak kecil mereka yang baru berusia dalam 8 bulan. Allahuakbar..

Niat mereka sekeluarga pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk berpuasa bersama keluarga menjadi satu takdir yang akan dikenang sampai bila-bila. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa mereka sekeluarga walau kecederaan agak parah mereka alami.

Masing-masing suami isteri patah tangan, patah paha, patah tulang pinggul dan kecederaan dalaman. Mendengar patah tulang ni.. Allah seriau rasa. Mengambil masa panjang untuk pulih seperti biasa.

Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Teringat pengalaman sendiri yang terlibat dalam kemalangan masa tahun 2003 dulu. Masa ni naik motor bersama sepupu dan dilanggar jugak dengan motosikal lain di jalan besar Pasir Puteh - Kota Bharu. Sedar-sedar dah terbaring di tengah jalan raya. Nasib baik tak ada kereta lalu waktu tu kalau tak, tak tau la apa nasib selepas itu.



Masa ni kakNi berumur 20 tahun baru habis belajar matrikulasi dan sedang tunggu panggilan masuk ke Universiti tak lama lagi. Nak jadi cerita sepupu alhamdulillah tiada kecederaan serius manakala kakNi pula patah tulang selangka atau tulang bahu sebelah kanan.

Allahuakbar...derita rasa bila hilang kudrat untuk gagahkan diri. Nak tidur kena orang baringkan, nak bangun pun sama jugak. Berjalan lebih-lebih kan mula terasa ngilu kat bahagian tulang umpama tulang-tulang sedang bergeseran gitu. Mak la masa ni yang susah payah jaga kakNi. Lepas xray di hospital memang doktor cuma anduhkan tangan dan tiada apa-apa ubat..tunggu je la sampai baik. Sampai daging dah membaluti tulang kata Doktor.


Ginilah keadaannya..sumber Gambar
Selepas 3 bulan, dugaan lagi bila tangan tak mampu diangkat. Hanya mampu angkat separas telinga sahaja. Mula la masa ni sedih gile bila ingat dah tak sempurna dah aku ni. Mak bawak pergi berubat dengan ustaz, ustaz pesan supaya ambil putih telur ayam kampung setiap pagi untuk minum. Gigih la kakNi minum nak sihat punya pasal. Alhamdulillah selepas lebih kurang sebulan tangan berjaya diangkat tinggi sedikit.

Selepas dari kemalangan ni bermulalah episod kesan jangka panjang tulang yang patah ni. Langsung tak boleh mengangkat barang berat kerana terasa ngilu yang amat. Pernah tertidur mengiring di sebelah kanan tempat tangan patah tu. Masya Allah, bangun tu menangis kakNi sebab tangan rasa ngilu dan kebas yang amat. Sampai tahap tak boleh nak rasa la tangan tu. Menitik air mata menahan ngilu..

Beginilah keadaan yang kakNi terpaksa tanggung sampailah tahun 2013 yang lalu. Masa ni tengah mengandung anak ke 3 dan mula berkenalan dengan Set Lengkap Berpantang Shaklee. Yang mana ada ESP, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrik, Vitalea, Omega dan Alfalfa.

MasyaAllah rupanya bukan setakat membantu ibu-ibu kembali sihat dan bertenaga tetapi kakNi mula rasa perubahan yang sangat-sangat positif. Kalau dulu selalu sangat demam selsema yang macam nak pengsan asyik bersin je semakin sihat dan lama tak kena selsema, dulu resdung teruk sekarang dah hilang dan yang paling bersyukur sangat dan kakNi perasan adalah simptom-simptom kengiluan pada tulang tu semakin tiada. 

Kadang-kadang ada waktu baring menyusukan anak di sebelah yang kanan yang patah tu. Tiada lagi rasa ngilu dan kebas tu. Nangis bersyukur!

Supplement Untuk Tulang

Walaupun tak pernah amik khusus untuk tulang tapi bermula dari set berpantang membawa kepada perubahan yang baik dalam hidup kakNi.

Ostematrik iaitu tablet kalsium yang khasiatnya lebih dari segelas susu sampai sekarang kakNi tak pernah tinggal. Sebab kakNi tau orang perempuan sangat-sangat perlukan kalsium kerana kita ni banyak kehilangan kalsium terutama bila dah ada anak. Dan masa muda remaja dulu mana ada cukupkan keperluan kalsium sebagai bekalan untuk seterusnya. Ostematrik inilah yang sangat-sangat menjaga kebajikan tulang temulang kita dan juga otot.

Vitamin C juga wajib ambik sampai sekarang. Inilah rahsia resdung hilang, gatal hidung hilang dan juga baik untuk tulang sebab vitamin C ni lah yang bantu membina kolagen pada kulit dan menyokong peresapan kesemua vitamin dan mineral dalam badan.

Dah bagi cukup kalsium dan jaringan otot dan kulit yang sihat, kakNi tambahkan Omega untuk melincirkan pergerakan sendi-sendi sebab tak mau dah rasa sakit sendi tulang ni sebab tau bagaimana rasanya ngilu itu..tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah sekarang amat mensyukuri nikmat tulang dan sendi yang sihat. Tu yang kena jaga tu, sebagai supermak kena la pastikan semua sihat. Cuba sakit kaki atau lenguh-lenguh lutut tak berkejaran la nak amik dan hantar anak-anak dari sekolah pulak.

Cuba kalau sampai sekarang ni kesan ngilu tulang tu masih ada agak terbatas kakNi nak buat kerja. KakNi memang sangat yakin dengan Shaklee sebab ia adalah supplement yang paling selamat tanpa bahan bahaya dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU
Alhamdulillah..boleh ber baby wearing dengan gembira

Inilah Shaklee Effect yang wajib saya bersyukur dan hargai. Jadi kena jaga betul-betul anggota badan kita ni. 10 tahun lamanya kesan jangka panjang akibat patah tulang yang kakNi alami akhirnya hilang!

Syukur dapat berkongsi dengan semua apa yang kakNi rasa bila tengok orang patah tulang. Sangat memahaminya bila rasa ngilu itu. Jika ada pertanyaan, boleh whatsapp sahaja kakNi 0137773122. KakNi bagi tips cepat sembuhkan luka dan pembaikan tulang.

Mahu tamatkan derita ngilu tulang? KakNi sedia membantu!

Ikhlas Dari Hati Yang Gembira Dapat Memberi Manfaat Pada Mereka Yang Memerlukan

Rujukan :
http://healthresource.shaklee.com/Ingredients/calcium/

Aniey Yusoff
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU
10 Tahun Mengalami Kesan Jangka Panjang Tulang Patah

You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *