Memori Bersukan Yang Tak Dapat Dilupakan

Thursday, August 24, 2017

Membawa semangat sukan dari Sukan Sea 2017 ni mulalah membawa memori-memori 'throwback' zaman dulu-dulu masa sekolah.



Aihh la kisah kakNi dengan sukan ni agak pahit sikit sejak dari zaman sekolah rendah lagi haha nasib yang tak berapa nak baik. Almaklumla fizikal kakNi yang agak comel, darjah 6 macam budak darjah 1. Berat 25 kg je masa darjah 6 hihi

Bersemangat tengok team Malaysia main  netball hingga meraih emas! Tahniah Malaysia!



Bola jaring ni sukan pertama yang kakNi 'terliur' nak main. Sebab seronok tengok girls melompat-lompat passing bola. Lepas tu ada pakai jersey no masing-masing pulak. Paling kakNi minat yang C tu la sebab dia duk tengah-tengah.

Disebabkan kakNi ni kecik comel je memang tak la cikgu nak pilih masuk dalam apa-apa sukan. Lagi pun member-member lain lagi besar dan tinggi. Maka jadi pom-pom girls je la kakNi kat tepi padang hahaha..

Ingat lagi asal dapat tau je ada latihan kat padang mesti beria datang bagi sokongan. Mak pun pelik tiap-tiap petang nak pergi sekolah. Masa cerita Jepun Morro Attack ke apa ntah tajuknya tengah famous kat tv, berangan pulak nak main bola tampar kahkah

Impian nak buat tamparan ala dalam cerita tu la. Tapi mestila cikgu tak pilih (sedih tapi redha hikhik). Bila tengok setiap kali kawan-kawan main bola tampar mesti bengkak-bengkak tangan dan ada sampai terseliuh.. Dalam hati kata nasib baik aku tak main haha

Aduhh rindu betul zaman kanak-kanak dulu. Sekarang ni kalau tengok orang bersukan rasa nak je bagi cadangan suruh amik Performance Drink dengan Ostematrik. Sebab 2 set ni dekat betul dengan gaya hidup seorang atlit. Perlukan tenaga, kekal terhidrat, kuatkan otot, menghilangkan kelenguhan otot dan kekal cergas.

Aumm sedapnya air PD rasa oren yang menyegarkan tekak diminum sambil tengok sukan SEA :) Ayuh Bangkit Bersama!


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey