Harga Vivix Shaklee Mahal Tetapi Paling Laris Dibeli Orang

Friday, October 27, 2017

Assalamualaikum WBT

Bila sebut sahaja Vivix sudah terbayang kehebatan sains dalam ramuannya yang semulajadi dan menjadi satu fenomena antara supplement semulajadi terbaik yang dicari-cari oleh mereka yang mementingkan kualiti, bekerkesanan, keselamatan dan kesihatan luar dan dalam secara menyeluruh.

Dalam banyak produk Shaklee, Vivix ialah supplement yang paling dicari oleh orang atau "Most Wanted" dan menjadikannya No.1 dalam carta Shaklee.


Dalam pada sana sini ada bagitau yang harga Vivix mahal la, tak mampu nak beli la tapi kualiti Vivix yang amat hebat menandingi 'cakap-cakap' orang yang kata Vivix mahal.

Vivix Mahal? Sebelum tu mari kita ketahui 4 bahan utama dalam Vivix.

1. Muscadine Grape (Anggur Muscadine)


Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom, Ia adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksian.

Besarnya anggur ni..
Anggur muskat dan bijinya adalah sumber terbaik antioksidan dan ciri anti radang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji.

Dengan saiz sebesar sebiji bola golf, anggur ini telah dibuktikan mengandungi lebih satu kromosom di mana para saintis mempercayai muscadine grape merupakan satu-satunya anggur yang dapat mengukuhkan profil dan mekanisme polyphenolnya. 

Muscadine grape ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi. Asid gallic, catechin dan epicatechin adalah phenolik yang banyak terdapat pada biji manakala asid ellagic, nyricetin, quercetin, kaempferol dan trans-resveratrol adalah phenolik yang terdapat banyak pada kulit buahan.


2. Purple Carrot (Lobak Ungu)


Purple carrot merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun dulu. Ia adalah sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.


Anthocyanins iaitu sejenis antioksidan utama di dalam purple carrot yang memberi warna ungu-kuning dan ungu-oren. Kandungan anthocyanins di dalam carrot ungu-kuning adalah pada kadar tertinggi berbanding carrot ungu-oren. 

Anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan juga anti-karsinogen. Selain itu, ia turut menunjukkan kesan positif pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Asid klorogenik merupakan antioksidan yang paling banyak terdapat di dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang selalu dikaitkan dengan pengambilan kopi.


3. Elderberry (Sambucus Nigra)


Elderberry merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembap di serata Eropah dan Amerika Utara. Ia mengandungi sumber anthocyanins yang tiga kali ganda lebih hebat dan baik berbanding karotenoid. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang dan dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.


Elderberry juga turut memiliki flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat yang berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Selain itu kandungan Vitamin A, B dan C serta nutrien lain seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin turut memberi manfaat kesihatan yang baik. 

Kesemua ekstrak yang didapati daripada elderberry ini berperanan dalam menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak dada dan juga diabetes.

Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL dimana oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. 

Elderberry yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi turut mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman


4. Polygonum Cuspidatum


Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang berasal dari asia dan banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ia merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah dimana terdapat lebih 3000 kajian yang telah dijalankan berkaitan tentang resveratrol ini.


Hasil ujian klinikal makmal menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet sukan dan mengurangkan berat badan.

Mengenali bahan ramuan vivix ini membuatkan lidah dan hati menyebut Subhanallah! Hebatnya tumbuhan semulajadi ciptaan Allah sehingga mampu dijadikan penawar kepada penyakit dan pencegahan penyakit. Nah! inilah rahsia besar kenapa vivix menjadi rebutan ramai sehingga terjual lebih dari sejuta botol! Ia adalah Rahsia Awet Muda

Rahsia Keberkesanan Vivix?

Resveratrol dan polifenol telah terbukti berupaya meneutralkan radikal-radikal bebas toksik untuk melambatkan proses penuaan di peringkat selular.

Polifenol adalah sekumpulan fitokimia yang terdapat pada tumbuhan dan buah-buahan yang memberi mereka warna serta pada masa yang sama melindunginya daripada penyakit. Malah, penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa resveratrol dan polifenol berupaya melambatkan proses penuaan dan menyebabkan jangka hayat yang lebih lama dan sihat.

Kajian makmal mencadangkan bahawa campuran polifenol terhadap 4 bahan iaitu Muscadine Grape, Polygonum Cuspidatum, Purple Carot, dan European Elderberi boleh :
  • Melindungi serta membaiki DNA serta memerangi radikal bebas, memastikan sel-sel akan sentiasa sihat
  • Mengoptimumkan prestasi sel dengan melambatkan pembentukan protien AGE (Advanced Glycation End-Product). Protien AGE dikenali sebagai penyebab sikap tidak bertoleransi glukosa dan penuaan selular.
  • Meningkatkan tenaga selular, membantu memperbaharui dan menyegarkan semula sel 
  • Meningkatkan kesihatan Telomeres yang merupakan sebahagian penting daripada sel kita 
Dengan ramuan bahan yang hebat dan kehebatan sains maka terhasillah Vivix! 

Berapa harga Vivix? Sebotol Vivix pada harga runcit ialah RM502.80. 

Dapatkan Vivix anda hari ini dengan pembelian secara online. Klik di link esell di bawah ini :



Setiap pembelian sebarang produk dari blog ini jangan lupa hubungi KakNi untuk mendapatkan konsultasi eksklusif untuk korang!

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey