Jom Buat Duit Dengan Blog Hanya Tekan Keyboard Je

Wednesday, October 04, 2017

Zaman sekarang siapa yang tak ada gadjet canggih kan? Kalau telefon bukan sekadar telefon smart malah yang tercanggih dari itu pun ada, laptop pulak yang brand top sahaja. 

Untunglahh...KakNi dulu zaman masuk Universiti baru kenal komputer. Seawal usia 6 tahun dah ada telefon sendiri lagi. Tapi bukan anak-anak KakNi la hihi..maknya masih memantau lagi. 

Ok, KakNi tak nak cerita perihal kanak-kanak bergadjet tapi hal orang dewasa 18 tahun ke atas yang ada gadjet canggih tapi setiap hari duk tekan, duk scroll FB, Instagram layan website sana sini yang tak memberi faedah. Kalau ke arah kebaikan tu ok la.


Maksudnya di sini ialah membuat sesuatu yang akan memberi pulangan pendapatan kepada pemilik gadjet tersebut. Jadi nak buat apa?

KakNi terangkan mengenai kelebihan memiliki kedai alam maya iaitu mempunyai blog sendiri untuk mengembangkan perniagaan. 

Sejak awal berbisnes Shaklee, KakNi hanya bermula dengan FB sahaja. Belum kenal lagi dengan ilmu blog ni. Tapi lama-kelamaan memang kena buat juga blog ni sebab dengan blog inilah yang melambangkan KEDAI KITA. Dah nama perniagaan online kan?

Kelebihan Membina Blog

1) Dapat mencapai target pelanggan yang lebih luas iaitu serata dunia
2) Perkongsian tentang produk yang boleh diakses oleh pelanggan bila-bila masa sahaja dan boleh dijadikan rujukan
3) Tanpa mengganggu urusan seharian kita. Walau kita tengah tidur ke dan tak buat iklan kat FB pun tiba-tiba korang dapat order 
4) Nak buat blog ni PERCUMA sahaja dengan basic dari blogspot. Dah terer kang boleh la nak upgrade ke level domain sendiri atau hosting sendiri ke
5) Bagi yang malu sangat nak berniaga guna FB sangat la disarankan guna blog sebab dengan blog orang tak kenal pun siapa kita personally kan?
6) Dan paling best dengan blog ialah orang yang hubungi kita melalui entry blog adalah pelanggan yang betul-betul memerlukan sesuatu produk tersebut. Kalau tak dia tak akan google. Betul tak?

KakNi sangat selesa berbisnes dan memiliki kedai alam maya dengan blog. Yang diperlukan hanya kerajinan menulis entry sahaja kalau tak, tak namanya berblogging lah kan?

Ok, untuk yang berminat nak pelajari ilmu blog. Mari Cikgu Aniey ajarkan. Hubungi Cikgu dengan kadar segera ye!

Cikgu Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey