Pertanyaan Serta Pantang Larang Dalam Pengambilan Shaklee?

Monday, October 16, 2017

Dalam pada nak sebarkan tentang kebaikan Shaklee rupanya ramai juga yang 'takut' nak ambil Shaklee. Katanya takut nanti gemuk la, nanti 'mabuk' la bila ambil sama-sama dengan ubat. 

Tak kurang juga yang bertanya macam-macam soalan. Soalan-soalan begini sebenarnya memang bagus diajukan pada kami pengedar Shaklee supaya kami sendiri dapat memberikan konsultasi yang terbaik untuk customer masing-masing.

KakNi kongsikan persoalan tentang pengambilan shaklee dan aturannya.

1.Bolehkah saya mengambil supplement bersama teh dan kopi?

Kafein, sebatian semulajadi yang terdapat di dalam teh dan kopi mungkin mengganggu penyerapan nutrien. Pakar nutrisi kami mencadangkan untuk minum teh atau kopi 15 minit sebelum atau 1 jam selepas pengambilan supplement.


2. Apakah Resveratrol?

Resveratrol merupakan sejenis polifenol iaitu sebatian semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran. Resveratrol merupakan antara polifenol yang paling mujarab kerana kelebihannya sebagai antioksidan dan anti keradangan. 

Malah, resveratrol telah dibuktikan dapat membantu menyokong proses penuaan yang sihat di peringkat sel.

3. Apakah maksud NON-GMO?

NON-GMO bermaksud "non-genetically modified organism". GMO (organisma yang telah diubahsuai secara genetik) adalah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.

Di dalam bidang pertanian, GMO adalah perkara biasa untuk memastikan hasil tuaian lebih tahan lama, kelihatan lebih segar, dan lebih tahan dengan racun perosak.

Pakar saintis dan kesihatan telah banyak menyatakan risiko terhadap kesihatan dan persekitaran akibat daripada memakan GMO ini.

4. Adakah saya boleh mengambil zat besi bersama-sama dengan kalsium?

Pengambilan kalsium mungkin boleh menyebabkan gangguan penyerapan apabila diambil bersama zat besi. Namun, gangguan ini hanya berlaku dalam jumlah yang kecil (kurang daripada 500mg/pengambilan).

Pengambilan supplement kalsium sebelum tidur dan supplement zat besi di siang hari adalah cara mudah untuk mendapatkan khasiat maksimum daripada kedua-dua nutrien ini.

Ada banyak lagi persoalan? Nanti KakNi sambung dalam entry lain pulak.

Pertanyaan tentang produk Shaklee? Terus hubungi KakNi seperti detail berikut :

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU


You Might Also Like

2 comments

  1. Maklumat nya lengkap Ani. Seronok akak baca. Tambah ilmu juga.t.kasih yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sama-sama kita tambah ilmu kak :)

      Delete

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *