Tips Gaya Hidup Yang Sihat

Sunday, October 08, 2017

Assalamualaikum WBT

Ayat biasa kita dengar "ala tak payah la amik vitamin ke makanan tambahan bagai ke, jaga makan sudah" kata abam sado sambil mengunyah penuh mulut ayam goreng dengan nasi menggunung. Hampir tersedak diteguk habis air nescafe 3 in 1 segelas. Apa maksud dia jaga makan pun entahlah..

Salah tanggapan bagi pengamal vitamin atau segala macam makanan tambahan dengan iklan gempak 'cegah penyakit' pulak ialah "boleh la aku melantak sakan sebab aku kan dah amik vitamin" "eh lepas makan nasi lemak 3 bungkus ni aku telan la Omega, Lecithin dan Vivix" "alah tak payah bersenam-senam laa telan Vivix je sambil hembus asap rokok!"

Amboiiii banyak cantik muka kau kan! Kau ingat kau dah telan vitamin makanya diri tu dah kebal la sangat? Inilah persoalan negatif masyarakat kita yang perlu kita ubah. Amalkan gaya hidup sihat wajib diteruskan walau apa supplement pun yang kita telan.


Alhamdulillah berkenalan dengan ramai pelanggan buatkan KakNi didik dan beri mereka ilmu mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat walaupun dah amik vitamin. Rata-rata berkata "laa macam tu pulak, saya nak amik Vitamin C sebab merokok tanpa ada niat nak berhenti merokok pun"

Tak kurang jugak yang berkata, "Kak, macam mana ni saya dah makan set kurus 2 minggu tak ada turun berat pun? bertambah kg ada la...bila ditanya tentang jaga makan, ada buat eat clean tak? Katanya, saya kan dah amik set kurus jadi makan saya macam biasa la malah bertambah lagi ada..eh saya kan dah makan vitamin akak tu?

Hai la adik manis..ingat Shaklee ni ubat magik kaa? Kalau ada produk yang gerenti kurus tanpa jaga makan maka ada 'something wrong' la tu. TIADA jalan singkat untuk sihat tanpa gaya hidup sihat.

Alhamdulillah kami di group iReach mahu mengubah tanggapan negatif terhadap makanan tambahan dengan mendidik masyarakat mengenai jalani hidup sihat. Bermula dari kami pengedar Shaklee, dengan program iReach Fit bersama keluarga besar Shaklee iReach menganjurkan beberapa aktiviti bermanfaat seperti video di bawah :


Misi Tawan Bukit Broga #iReachFit


iReachFit2K16 | Walk4humanity from iReach 

Aktiviti ini hanya sebahagian dari banyak aktiviti lain. Yang pasti kami kena la tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kan?

Amalkan gaya hidup sihat ditambah dengan pemakanan makanan tambahan insyaAllah kita mampu untuk hidup dengan sihat luaran dan dalaman.

Sertai keluarga besar iReach untuk bersama kami sebarkan manfaat buat seluruh masyarakat. Hubungi KakNi seperti detail di bawah :

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey