Tips Kuatkan Rahim Selepas Bersalin Atau Keguguran

Saturday, October 14, 2017

Assalamualaikum WBT

Orang perempuan ni selepas berkahwin, mengandung dan bersalin, perkara paling penting untuk dijaga sebaiknya ialah rahim. Sebenarnya banyak je lagi yang nak dijaga seperti kesihatan tulang, kang nanti cepat reput susah jugak nak buat kerja rumah, jaga anak dan sebagainya. 

Rambut pun ye jugak nak jaga, lepas bersalin bukan main rancak lagi rambut gugur dengan banyakknya. Eh pendek kata satu badan la yang nak kena jaga. Tapi kali ni, KakNi nak tekankan tentang penjagaan rahim. 



Sebab tu KakNi ni bukan main beria sekarang pesan kat adik-adik, kawan-kawan yang baru lepas bersalin supaya pantang betul-betul, dengar kata orang tua-tua, jangan nak pantang secara moden sangat.

Apa nak buat di zaman sekarang ni, budak-budak muda (eh KakNi pun muda lagi daa haha..) lepas bersalin bukan main galak lagi, berjalan ke sana ke mari bukan main lajuuu lagi, berstoking pun tidak, makan semua bedal, seawal seminggu ada yang dah mencekik KFC, McD dan minum ais bagaiii...

Alahaiii...geramm je menengok, tegur sudah jadi ikut suka depa la. Badan sendiri yang rasa dan nak pakai lama kan? Eee kalau adik sendiri dah lama kena bebel 40 tingkat ni.

Nak buat macam mana KakNi membesar di zaman 90-an di waktu tu lihat sendiri mak, makcik, nenek uruskan orang dalam pantang macam mana. KakNi masih ingat waktu mak berpantang selepas lahirkan adik bongsu 28 tahun yang lepas. Waktu ni KakNi umur 7 tahun.

Korang pernah salai ikan tak? Masa ni di setiap rumah ada macam lantai jarang-jarang yang di bawahnya ada bara api yang gunanya untuk ibu dalam pantang 'bersalai' di atasnya. Perghh panas gile tau hahaha..KakNi lalu berhampiran pun dah tak tahan. Dalam hati duk kata "nenek ni nak bunuh mak ke, nak bagi rentung terbakar" 

Makan pulak jangan harap nak bersayur bagai. Ikan kering, nasi panas tabur dengan lada hitam. Bertungku mengurut memang tip top habis. Sampai habis pantang kot baru berhenti. Gitulahh..pengalaman yang mendewasakan.

Jadinya KakNi sebagai generasi pelapis ni, memang nak didik sangat anak-anak dan ibu-ibu muda masa kini mengenai kesihatan dalam pantang terutama rahim. 

Tadi KakNi ada terbaca kawan KakNi baru lepas keluar wad, pendarahan selepas dalam seminggu lebih berpantang. Katanya pendarahan sebab ada sisa uri dan darah beku belum habis keluar. Fuhh seram tau kalau ada pendarahan waktu dalam pantang ni. Bukan perkara main-main. Kalau orang tua dulu kena berpantang bermula hari pertama balik.

Waktu KakNi dalam pantang anak kedua dulu KakNi pernah kena bentan. Bukan sebab tak jaga makan tapi sebab penat uruskan diri sendiri dan anak-anak. KakNi memang berpantang sendiri sejak anak sulung kerana arwah mak meninggal waktu 8 bulan KakNi mengandung. 

Pengalaman ni lah yang sangat berharga yang KakNi nak bagitau kat semua supaya berpantang betul-betul supaya tak nak kejadian macam pendarahan ke, bentan atau lagi teruk meroyan yakni gila meroyan la.

Panjang pulak intronya hihi.. Semua ni peringatan untuk KakNi dan anak-anak jugak nanti. Ok, ladies dalam pantang jaga-jaga mengenai perkara berikut tau yakni jangan buat semasa dalam tempoh berpantang naa:
  1. Berjalan laju macam orang tak berpantang 
  2. Tak berstoking. Stoking mencegah angin supaya tidak memasuki badan dan menyebabkan ibu pening dan demam 'urat'
  3. Minum ais 
  4. Makan nasi sejuk
  5. Mengangkat barang berat. Boleh menyebabkan peranakan jatuh
  6. Duduk bilik beraircond
  7. Jaga ibu jari supaya jangan tersepak. Pesan bidan, Urat ibu jari kaki ada kaitan dengan peranakan wanita, jadi untuk mengelakkan masalah pendarahan kena sentiasa berjaga dengan kaki
  8. Keluar rumah bersiar-siar waktu lewat petang
  9. Mengemop dan memberus lantai
  10. Mandi air sejuk sebaiknya mandi air suam
Kenapa ini tak boleh? itu tak boleh? Apa kaitannya? Tengok orang lain tak pantang pun ok jerr siap berlari pergi gym lagi. 

Tempoh berpantang adalah amat penting untuk proses pemulihan tubuh luaran dan dalaman untuk memberi kesan kebaikan kepada kesihatan ibu jangka masa panjang. Supaya nanti tak adalah belum umur 40 dah sakit sana, berair sini, lembik sana sini.

Sebolehnya ibu berpantang kena sentiasa hangatkan badan supaya dapat mengecutkan urat dan rahim wanita. Elakkan  berada dalam keadaan sejuk atau sesuatu makanan yang sejuk.

Sebab itulah kalau tengok ibu-ibu zaman nenek-nenek kita dulu masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. 

Pengalaman Demam Sewaktu Berpantang 

Dua kelahiran anak pertama dan kedua yang lalu sangat mencabar dan diuji dengan bentan iaitu demam menggigil secara tiba-tiba dan juga demam bengkak susu.

Waktu ini berpantang sendirian, KakNi membeli set bersalin tradisional yang harganya cecah RM400 jugak. Tidaklah meletak kesalahan pada produk tapi faktor stress, penat, rasa produk tersebut yang tak lalu dek tekak sampai KakNi tak pernah habiskan guna, makan dan minum pun. Sudahnya membazirrrr saja..

Lepas pada ni untuk berpantang anak ketiga dan keempat pula KakNi dah berkenalan dengan Set Postnatal Shaklee. Set ini lengkap dengan semua vitamin yang ibu dan bayi perlukan untuk membantu proses pemulihan.

Juga boleh elakkan mimpi ngeri SEMBELIT!



Apa yang bestnya ialah, set ini KakNi dah ambil seawal disahkan hamil lagi dengan beberapa vitamin tambahan sesuai dengan keperluan ibu hamil. Jadi TIADA pembaziran!

Gunalah set hamil ini, bawak sampai selepas bersalin, berpantang dan terus sehingga tempoh penyusuan. Alhamdulillah ia sangat membantu KakNi jalani fasa berpantang dengan aman dan sihat. Membantu juga mengeluarkan darah kotor dan beku.



Protien ESP Membantu Pemulihan Rahim

Untuk membantu pemulihan rahim, ESP sangat membantu. Minuman soya NONGMO ini kaya dengan asid amino perlu yang sangat penting untuk pemulihan dan pembaikan tisu rahim luaran dan dalaman.

Di samping itu juga, ESP membantu memberi tenaga segera kepada ibu dan memulihkan alahan kulit kusam dan hitam.


ESP nilah minuman pertama KakNi minum sebaik keluar dari bilik bersalin. Berpantang sendiri atau berteman ibu, wanita berpantang amat perlukan proses pemulihan yang lancar tanpa stress!

Alhamdulillah atas segala nikmatNya.. Korang boleh membuat pilihan secara online atau hubungi KakNi sekiranya ingin mendapatkan set selepas bersalin ini.



Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey