Jangan Berhenti Kerja Kalau Takut Penat Jadi Suri Rumah

Tuesday, December 13, 2016

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun KakNi berhenti kerja dan duduk di rumah. Ada yang tanya tak nak kerja balik ke? Bila pandang muka anak-anak memang tak kan la untuk bekerja mengikut office hours macam dulu balik.

Big Why kenapa kakNi berhenti kerja dulu adalah anak-anak. Keluar rumah sesudah subuh, balik pulak selepas maghrib atau lebih tepat pukul 8 ke 9 malam baru menjengah sampai rumah.



Kalau kakNi ni masih bekerja anak-anak mungkin kena naik transport pergi dan balik sekolah. Terbayang keadaan sewaktu amik kakak Alyaa dari sekolah aritu. Van sekolah berderet, budak-budak keluar sekolah beramai-ramai, berlari-lari, peniaga-peniaga fast food dan air gas di depan pagar sekolah je. Berduyun pulak budak-budak beli makanan segera dan air gas tu. Bayangkan anak-anak kita setiap hari duk beli air dan makan maggie goreng tu. Dah namanya budak sekolah, walau mak dah pesan banyak kali pun tapi bila dah jumpa kawan, dia pun ikut sama. Ini kita yang amik sendiri dari sekolah memang boleh pantau. Tak adanya la nak beli itu semua.

Ternampak pakcik driver van sekolah sergah dan marah sorang budak sebab tak nak ketepi sikit bagi ruang sebabnya van tu dah penuh tapi yang naiknya punya lah ramai. 

Antara senario yang bakal dihadapi anak-anak kita seharian. Walau kadang terasa kepenatan menguruskan anak-anak dan rumah tapi bila diingatkan berapa banyak nikmat masa ini untuk anak-anak semua tu berlalu dalam senyuman. Sesungguhnya kakNi bersyukur sangat.

Ramai kawan bertanya tak sayang ke dengan kerja? Penat tau jadi suri rumah ni. Secara jujur memang penat tau. Jadi kalau korang memang jenis takut penat baik fikir dulu sebelum resign. Kekeke..

Sebabnya kalau penat kerja, sekurangnya korang masih ada masa untuk 'me' time di pejabat atau tempat kerja. Tak ada la nanti masa pergi toilet pun anak korang duk tunggu sekali dalam toilet tu. Haha adoi la. 24 jam di rumah anak jadi jenis tak boleh kalau tak bersentuh kulit dengan mak jadinya. Layankan je la, sementara masih kecik kan. 

Syukurilah sebab anak-anak membesar depan mata kita. Jatuh ke bangun ke demam ke gigi tercabut ke baru pandai bertatih ke semua mak tau dulu. Pergi dan balik sekolah mak hantar. Dalam kereta nk pergi sekolah boleh borak-borak dan bercerita. Alhamdulillah..inilah ubat yang tak dapat dibeli kat mana-mana. 

Stress dan penat, anak-anak tak nak duk diam tu biasala. Nama dah budak-budak kan. Bersyukur yang diaorang sihat tubuh badan. Nasib mak pagi-pagi telan bcompleks dulu. Tak ada ibu yang tak nak perkara terbaik untuk anak-anak kan? 

Banyak perkara kita boleh buat walau duduk di rumah je tau. Rezeki datang kalau kita jemput. Kita ubah title surirumah kepada WAHM ye. Ala Work At Home Mother tu. Kita tunjukkan kat orang yang tangan menghayun buaian ni (sekarang pakai buai letrik hihi) mampu naik pentas amik award dan keliling dunia pergi mengembara. 

KakNi WAHM

You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *