Apa Berlaku Apabila Kanak-kanak Demam?

Tuesday, August 15, 2017



Bila anak demam antara orang yang paling risau tentulah ibunya kan. Sabtu lalu Affan demam panas, makan ubat demam hanya kebah sejam lebih sahaja. Lepas tu suhu makin meningkat balik. Kain tuala buat jelum kepala dan badan memang tak lekang dari badan. Sesekali bagi mandi, tengah malam tu ibu keluar pergi petik daun bunga raya kat luar rumah buat ramas dalam air jelum. 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU

Petua orang kampung nak bagi turunkan suhu badan. Juga beberapa titis air basic H. Esokkannya kakak Alyaa pulak demam. Situasi yang sama dengan Affan, makan ubat pun kebah sekejap sahaja. Setelah berjumpa Doktor paediatrik Alyaa dan Affan diberikan antibiotik kerana ada jangkitan pada tekak mereka.

Kadang-kadang kita sebagai ibu ni nak jugak tau bagaimana, kenapa demam terjadi dan nak buat apa bila anak demam. Sebab kadang-kala demam mereka baik dengan sendiri tanpa apa-apa ubat. Selalunya kalau anak-anak saya demam dengan suhu yang tak membimbangkan saya hanya bekalkan mereka dengan pertahanan semulajadi sahaja iaitu dengan memberi 'first aid kit' di rumah iaitu nutriferon. 

Bagi 'askar-askar' dia bekerja menentang virus dan bakteria tanpa bantuan luar. Alhamdulillah esoknya demam dah baik. Tapi sekiranya demam yang membimbangkan elok segera berjumpa doktor.

Mengenali Apa itu Demam?

Suhu badan manusia berubah mengikut masa dan aktiviti. Lazimnya suhu badan akan menurun pada sebelah pagi dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam dan sekiranya anak-anak kita menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, bersukan dan sebagainya.

Demam adalah satu fenomena yang kerap berlaku dan merupakan antara punca utama kemasukan kanak – kanak ke dalam wad di seluruh dunia. Namun begitu, demam selalunya boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan di hospital.
Mengapa demam terjadi?

Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal. Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita.
Apakah penyebab demam?

Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:
  • Batuk dan selesema akibat jangkitan virus
  • Jangkitan pada tekak atau telinga
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan saluran kencing
  • Radang otak
  • Demam denggi
  • Demam campak
  • Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis
Kadang kala suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit seperti selepas mendapat immunisasi ataupun jika dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut bagi bayi yang kecil. Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Bilakah Perlu Berjumpa doktor dan tanda- tanda amaran yang perlu dikenalpasti?

Walaupun demam selalunya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, kita sebagai ibu bapa dan penjaga dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:
  • Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
  • Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
  • Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas
Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. 

Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:
  • Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
  • Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
  • Sawan
  • Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
  • Muntah atau cirit birit yang berterusan
  • Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
  • Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
  • Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
  • Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
  • Bengkak pada sendi-sendi
  • Demam yang berpanjangan
  • Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi
Apapun kita sebagai ibu kena sentiasa peka dan prihatin dengan kesihatan anak-anak kita. Alhamdulillah saya diizinkan Allah diberi peluang menjaga anak-anak 24 jam. Satu nikmat yang besar yang selalu disyukuri. Anak-anak membesar tanpa kita sedar dan kita pasti akan merindui setiap detik waktu yang kita ada bersama mereka nanti. Semoga kesayangan ibu membesar dengan sihat selalu.

Salam Sayang,

Aniey Yusoff
ID : 887557
Sms/Whatsapp : 0137773122
aniey434@yahoo.com
COD : Wangsa Maju Keramat AU

Rujukan : Dr Alya Hamzah

You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *