Mee Udang Kuah Ketam Bukit Mertajam Dan Medal Finisher Penang Bridge Marathon Part 2

Monday, December 12, 2016

Pukul 11 pagi suami call suruh siap-siap kemas dah. Dia dah on da way balik hotel. Habis dah marathon. Fuhh! Berapa jam tu.

Jalan pun terkangkang-kangkang. Korang rasa? Pengsan kot kalau kita nak habiskan marathon tu huhu

Ingatkan nak terus balik KL. Suami kata kami stay lagi 1 malam. Mana mungkin nak drive dengan sakit kaki begini. Kami cari hotel lain yang agak dekat sikit dengan toll Juru. 


Selepas checkout Hotel Summit singgah makan dulu di gerai tepi jalan bawah pokok. Kedai mee udang kuah ketam. Kami makan pasembor dan mee udang kuah ketam. Licin kami makan hihi



Pusing-pusing cari hotel. Lastly kami mengidap di Iconic Hotel. Hotel ni baru launch bulan September haritu. Kami pilih sebab hotelnya ada kolam renang tapi rupanya kolam kanak-kanak tak ada huhu

Kesian budak-budak tak dapat mandi. Iconic Hotel ni memang cantik! Serius cantik dan moden! Dari design dinding, lantai dan bilik air semua cantik! Dan sangat tertarik. Harga pun memang boleh tahan. Ada 3 stail Urban, Contemporary dan Modern. 



Melepak je la kami kat bilik sambil suami merehatkan diri. Sebab ada wifi layan anak-anak tengok movie kartun je. 

#KakNi Kembara

You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *