Tips Dan Panduan Penjagaan Anak Yang Menghidap Asma

Monday, September 18, 2017

Adakah ibu-ibu mempunyai anak yang menghidap asma? Jika YA jangan risau, insyaAllah KakNi kongsikan tips dan panduan bagaimana boleh kita cegah asma dari kerap menyerang anak kita.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU


Selama 2 tahun lebih kakak Alyaa menghidap asma, membuatkan saya banyak mencari ilmu tentang penyakit asma dan cara nak mencegah atau merawat asma secara semulajadi sebab tak sanggup tengok dia bergantung pada ubat-ubat sintetik.


1. Lebihkan Perhatian



Kanak-kanak yang disahkan doktor sebagai menghidap asma perlu diberikan lebih perhatian kerana asma kadang-kadang boleh menyerang secara tiba-tiba tanpa simptom terutama waktu kritikal apabila mereka mulai batuk.

2. Prihatin Dengan Aturan Ubat



Selalunya setiap kali ke klinik doktor akan memberikan beberapa jenis ubat sirap. Antara yang selalu diberikan doktor adalah Salbutamol, zoralone, singulair, zithromax, augmentin serta ada beberapa ubat yang saya lupa namanya.

Ada sejenis ubat yang mempunyai kesan agak kuat sehingga boleh menyebabkan pedih perut kalau diambil tanpa makan terlebih dahulu. Doktor amat tekankan bahawa ubat itu kena diambil selepas makan. Masa ni bacaan oksigen kakak Alyaa amat tidak memuaskan jadi ubat ini harus diberikan selama 3 hari.

Jadi ibu-ibu wajiblah peka dengan setiap aturan ubat pada anak. Macam KakNi siap tulis dalam nota dan memang ingat la.

3. Kenali Faktor Pencetus



Perhatikan keadaan sekeliling dan kawasan persekitaran anak kita. Cari apakah faktor pencetus yang menyebabkan serangan asma terjadi. Antaranya seperti alah pada habuk, bulu kucing, asap rokok, karpet, cuaca sejuk atau makanan.

Elakkan dan jauhkan anak-anak kita daripada benda-benda yang boleh menyebabkan alahan padanya. Di rumah kami memang bebas dari semua ini. Dan yang paling KakNi perasan adalah buah rambutan sangat memberi alahan pada Alyaa. Walau dimakan dalam kuantiti sedikit, Alyaa akan mula batuk dan semput (buah favourite Alyaa ni :))

4. Untuk tips seterusnya saya kongsikan dari Perkongsian Dr-Alya Hamzah

Pemantauan berterusan



Adakah anak anda sering diberikan ubat untuk melegakan batuk dan pernafasan laju, samada dalam bentuk ‘nebulizer’ atau sirap? Kemungkinan besar doktor juga telah memulakan ubat ‘pencegahan’. 

Adalah penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan berterusan daripada doktor. Bukan hanya dibawa berjumpa doktor apabila sedang ‘semput’. Ini kerana simptom simptom asma perlu dipantau untuk memastikan ia dikawal dengan baik dan sekiranya tidak, rawatan seterusnya dapat diberikan. 

Walaupun lazimnya asma dalam kanak-kanak akan semakin ‘pulih’ dengan peningkatan usia, dikhuatiri asma yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada paru paru serta meningkatkan risiko untuk mendapat serangan asma yang serius. Serangan asma yang serius boleh membahayakan nyawa.

Penggunaan Ubat Yang Betul Dengan Cara Yang Betul



Rawatan bagi asma lazimnya terbahagi kepada ubat ‘pelega’ yang digunakan apabila perlu dan ubat ‘pencegah’ yang perlu digunakan setiap hari. Ada sesetengah kanak-kanak yang hanya memerlukan ubat ‘pelega’ tetapi ada juga yang memerlukan ubat ‘pencegah’. 

Ini bergantung kepada evaluasi klinikal yang dibuat oleh doktor yang merawat. Apa yang penting adalah untuk memastikan ubat diberikan seperti yang disyorkan dan juga dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah selalunya memerlukan ‘corong’ untuk menggunakan ubat asma yang berbentuk ‘metered dose inhaler’ atau MDI bagi memastikan mereka menerima ubat secara optimum.


‘Corong’ tersebut perlu dijaga dengan baik serta mengikut tatacara yang dinasihatkan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Tanpa teknik penggunaan ubat yang betul, rawatan asma tidak akan berjaya walaupun diberikan pada kekerapan yang yang dinasihatkan. 

Ibu bapa juga dinasihatkan tidak memberhentikan sendiri ubat apabila anak kelihatan ‘sihat’ sehingga dinasihatkan oleh doktor. Berbincanglah secara terbuka dengan doktor yang merawat sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang rawatan yang diberikan.

Penjagaan Keadaan Sekeliling



Sesetengah penghidap asma sangat sensitif dengan keadaan sekeliling mereka. Antara perkara- perkara yang boleh menyebabkan serangan asma termasuk asap rokok, habuk, cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain. Mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan mereka kepada faktor faktor tersebut adalah penting untuk mengelakkan serangan asma.

Meningkatkan Aktiviti Fizikal



Ramai di antara kita yang menyangka mereka yang menghidap asma tidak boleh aktif seperti kanak- kanak lain. Akibatnya, aktiviti fizikal anak-anak ini dihadkan seperti tidak membenarkan mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani di sekolah. Ini adalah satu fahaman yang tidak tepat.

Objektif rawatan adalah untuk memastikan kanak kanak tersebut dapat bermain dan aktif seperti biasa. Ibu bapa digalakkan berbincang dengan doktor tentang aspek ini kerana terdapat langkah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan serangan asma akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.

Diari Asma



Ibu bapa disyorkan menyimpan ‘diari asma’ yang digunakan untuk mencatit simptom simptom lelah seperti yang diterangkan oleh doktor yang merawat. Diari asma dapat membantu doktor menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan. Bawalah diairi ini setiap kali temujanji anda dengan doktor.

Pelan tindakan asthma – ‘Asthma action plan ‘



Pelan tindakan ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa menegenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak sihat. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Ini kerana rawatan awal yang bermula sebelum anak anak sampai ke klinik atau hospital boleh menyelamatkan nyawa.

5. Nutrisi Semulajadi

Kanak-kanak yang menghidap asma berkait dengan sistem imun yang mereka yang rendah. Saya memilih memberi Alyaa nutrisi semulajadi yang terdiri daripada :

Nutriferon yang menggalak penghasilan interferon semulajadi tubuh dan mengurangkan simptom lelah.

Serta Mealshakes untuk memperbaiki tahap imun dan memerangi jangkitan. Omega Guard dengan pati minyak ikan Omega-3 bagi mengurangkan bengkak pada salur pernafasan dan membantu salur udara yang sempit kembali normal, mencairkan kahak juga.



Alhamdulillah sekarang Alyaa bertambah baik dari asma, jarang sangat terkena serangan. Kalau dulu sebulan 2 kali ke klinik amik nebulizer tapi sekarang boleh jimat banyak sebab sudah jarang-jarang ke klinik. Nutrisi ni Alyaa masih amalkan sampai sekarang. 


Jadi ibu-ibu jangan berputus asa berikhtiar untuk kesihatan anak kita. Biarlah mereka lalui masa kanak-kanak mereka dengan catatan diari yang sihat.

Jika ibu atau ayah ada sebarang persoalan dan konsultasi produk, saya sedia membantu :)



Aniey Yusoff
SMS/wasap : 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
COD : Setiawangsa, Keramat AU, Wangsa Maju

You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *