Tips Pengurusan Masa Bagi Ibu Bergelar Blogger
Monday, October 16, 2017
Nak tau kenapa KakNi mula berblog? Di waktu awal mula berbisnes Shaklee KakNi hanya bermula di FB sahaja dulu. Bila customer perlukan info tentang produk dan nak poster atau testimoni, laju-laju jugak KakNi akan search di google dan amik info dari Mana-mana blog upline atau website Shaklee.
Lama-lama KakNi terfikir kan best kalau info tentang produk tu KakNi tulis setempat je jadi bila-bila nak rujuk nanti senang. Bermula dari sini mula belajar buat blog. Upline dan group support pulak memang dah banyak buat kelas samaada online atau offline untuk ajar downline-downline bagaimana nak buat blog.
Bangga sangat jadi ahli Shaklee di bawah group ireach iaitu group yang terbesar kat Malaysia. Dah ada blog maka kenalah rajin menulis entry kalau tak, tak adalah namanya blogger kan? Tapi menjadi seorang blogger di mana kita juga adalah seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil banyak rintangannya tau..kalau tak kuat dan tekad mau berhabuk blog tak berupdate. Hehehe
Ok, sini KakNi kongsikan tips bagaimana korang boleh berblog tanpa mengabaikan keluarga.
1. Anak adalah 'push factor' bukan alasan
Peraturan pertama sekali sebagai seorang ibu untuk menjadi peniaga dan blogger ialah TIDAK abaikan keluarga.
Dan ramai ibu yang meletakkan anak sebagai alasan kenapa mereka tidak dapat mengupdate blog. "asal bukak laptop je anak menangis" "asal pegang handphone je anak merengek"
"malam-malam nak tidur anak nak mengempeng je, mak bangun anak pun bangun" dan berbagai lagi alasan anak itu dan anak ini.
Kakni dulu macam ni la, penuh dengan alasan siap cakap anak tu penyebab lagi kepada kegagalan maknya nak update blog..sob sob
Alhamdulillah setelah faham apa maksud dan impian sebenar kenapa KakNi pilih untuk jadi seorang blogger dalam membina kedai alam maya barulah KakNi switch alasan tu kepada push factor.
Demi anak-anak KakNi memilih untuk berbisnes dengan Shaklee jadi kenapa perlu diaorang jadi alasan pulak kan? Sepatutnya kita kerja keras demi mereka.
2. Curi Masa
Diakui sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil masa tu kadang-kadang berlalu dengan pantas sampaikan rasa 'eh dah malam dah'. Dan badan pun dah penat maka kita pun 'hanyut' bersama.
Apa KakNi buat? Di waktu selang antara nak tunggu anak balik sekolah sempat taip sikit-sikit entry pakai telefon. Begitulah andai ada masa terluang curi masa dengan telefon untuk update blog.
3. "Bawa" Anak Dalam Bisnes
Macam KakNi selalu cerita dengan anak yang ibu nak kerja sekejap guna komputer, jadi anak-anak main dulu sesama mereka.
Bila nak pos barang memang bagitau diaorang yang ibu tengah kerja untuk hantar barang orang. Selalunya memang mengangkut diaorang sekali ke pejabat pos.
4. Guna Telefon Pintar
Part ni memang diakui la memang hampir 80% KakNi menggunakan telefon sahaja untuk mengupdate blog. Hanya untuk proses mengedit dan masukkan gambar baru menggunakan laptop.
Inilah gunanya ada telefon canggih, kenalah gunakan mereka ke jalan yang betul. Tekan-tekan jana duit kan?
5. Korbankan Masa
Kalau nak berjaya kenalah korbankan sesuatu. Takkan duduk goyang kaki je boleh berjaya kan?
Bagi ibu yang waktu siangnya anak-anak mendambakan sepenuh perhatian ibu, maka waktu "ME TIME" yang ada adalah sewaktu anak-anak tidur.
Ada ibu yang mula masuk "home office" mereka setelah anak tidur yakni bermula pukul 12 tengah malam. Dan hanya tidur setelah pukul 2,3 pagi. Kemudian seawal jam 5,6 pagi dah bangun untuk uruskan anak-anak sekolah.
6. Buat Perancangan Tajuk Entry Terlebih Dahulu
Sebulan sebelum ditulis, tajuk entry dah siap di drafkan awal-awal lagi supaya nanti bukak-bukak je telefon atau laptop tak adalah termangu atau termenung depan komputer.
Dah membazir masa kan. Jadi awal-awal lagi kita sepatutnya sudah fokus dengan tajuk apa nak tulis pada hari tersebut.
Cukuplah 6 tips dulu pada entry ni. Nanti KakNi sambung lagi. Dan yang paling penting sebenarnya adalah DIRI KITA! Andai kita betul bertekad nak BUAT mesti kita akan usahakan sehingga dapat kan?
KakNi ada membuka peluang untuk sesiapa sahaja yang nak berguru dengan ilmu blog maka cepat-cepat hubungi CikguAniey ye!
Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU
2 comments
Bagus tips KakNi ni. Tq, baru tersedar yg kena kita kena kerja lebih kuat demi anak2
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima Kasih Atas Komen Anda Semua