Muka Mengembung Selepas Pakai Kosmetik Online

Tuesday, November 14, 2017


Sekarang ni produk kosmetik berlambak-lambak dijual bak cendawan tumbuh selepas hujan pulak. Berebut-berut semua orang pakat nak jadi founder kepada produk masing-masing. Orang ni keluarkan produk nama A, orang sana pulak keluarkan produk jenama B, dan seterusnya jenama C la, D la. Yang kita tak tau entah-entah semuanya dikeluarkan dari kilang yang sama. Nama je lain-lain kan..siapa tau?

Ok la tu kalau yang datang dari kilang, kalau produk timbang kati amik dari negara seberang ke mana kita nak tau kan? Pernah tengok di FB selamba je seorang seller ni duk promote barang kosmetik yang berplastik-plastik dia jual dari negara jiran.

Claim bagai tak ingat...hapuskan jeragat, cerahkan kulit seawal 2 hari, putihkan kulit, gebu gebas la apa la. Fuhh menakutkan sungguh. Dan paling menyedihkan berlambak pulak manusia duk suruh PM! PM!

Menakutkan betul la..korang sanggup beli produk yang main bancuh sendiri je belakang rumah? Produk yang entah ada campuran apa pun tak tau, Selalunya kalau produk yang claim kesan sepantas kilat ni ada bahan beracun la tu.

Aritu masa balik kampung kat Kelantan ada satu kedai kat kampung ni buat jualan murah besar-besaran. Nak tau dia jual apa? Barang kosmetik semurah RM5 sahaja! Bagai nak gila la orang kampung yang tak tau apa ni duk serbu nak beli. Lipstik, bedak, foundation semuanya RM5 sahaja.

KakNi dah siap-siap pesan kat keluarga kat kampung tak payah duk beli la. Tu produk jual murah mesti bersebab tu, beli borong dari negara jiran lepas tu jual murah-murah.

Pernah beli produk kosmetik online? Kalau pernah korang kena beringat dan jangan jadi macam salah seorang pengguna ni. Zaman sekarang ni semuanya nak cepat dan pantas je sampaikan soal keselamatan pun tak diambil kira. 

Badan nak pakai lama dik...pakai bukan sekadar tepek kat muka je tapi bahan kimia tu duk diserap oleh kulit dan akhirnya akan melumpuhkan sistem organ badan kita. Itu la yang jadi macam-macam sakit tu, kegagalan buah pinggang, merosakkan hati dan paling teruk kanser.



Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Nak beli produk kosmetik atau kesihatan secara online memang tak salah masalahnya kita yang tersalah memilih dan selalu terpedaya dengan marketing atau testimoni hampeh dari mereka ni.

Selalu rujuk dengan Badan Berdaftar yang berkuasa seperti Kementerian Kesihatan, Farmasi dan mereka yang arif tentang keselamatan dan kesihatan pengguna ini.




Kita la yang kena ingatkan pada keluarga kita, mak ayah, adik beradik, makcik, sepupu semua tentang kesedaran perkara ni. Tak sanggup kan kita nak tengok ahli keluarga kita ditimpa penyakit pulak gara-gara nak cantik kan.

Kalau perlu buat pelaburan sikit untuk produk yang diyakini dan diiktiraf selamat mengapa tidak kan?

Setanding dengan kualiti produk yang saintis cipta. Pakai tanpa was-was dengan keselamatannya. 

Pengguna Prihatin,
Aniey Yusoff
#taksabartungguprodukskincarebarushaklee

Nak cerahkan muka cara selamat dengan kelulusan KKM? Hubungi KakNi :

Aniey Yusoff
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *