7 Sebab Kenapa Perut Boleh Buncit

Wednesday, September 09, 2020

Assalamualaikum WBT

Sebagai seorang yang mempunyai berat sekitar 40-44kg dan ketinggian 148cm sememangnya menjadi pendorong kepada kawan-kawan membuat ayat yang biasa KakNi dengar seperti "alah ani ko ni kecik je buat apa nak jaga makan bagai"

"Makan je banyak-banyak, bukan gemuk pun" "Bestnya jadi kau boleh makan apa yang nak tanpa fikir berat badan naik" Dan KakNi yang sedia menurut perintah ini memang bantai je makan hahaha adoii la. Punah harapan diet dapat kawan supportive macam ni kahkahkah.. 

Tapi taukah korang bahawasanya kakNi ada satu masalah iaitu lemak berkumpul kat perutttt. Ye..dalam istilah lain ialah perut buncit! Sebelum tu mari kakNi cerita apa tabiat buruk kakNi waktu zaman jahiliyah dulu hahahaha. 

Hobi kakNi memang suka makannn. Masa remaja dulu aktiviti makan sampai kenyang adalah aktiviti harian dari pagi sampai petang. Seawal pagi lagi dah makan nasi sampai 2 pinggan penuh hahaha adoi la. Makan pulak sampai tak boleh bangun sebab kenyang sangat. Lepas makan bantai pulak tidur. Sangat tak boleh ikut apa yang kakNi buat ni. Hahaha sebab tu kakNi cakap zaman jahiliyah waktu belum dapat ilmu pasal pemakanan dan kesihatan.


Dan aktiviti makan ini diteruskan sampai la selepas berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Dan paling memberi tamparan untuk berubah ialah apabila kakNi sedang berdiri dalam LRT untuk ke tempat kerja tiba-tiba ada orang menawarkan tempat duduk dia pada kakNi sebab dia ingat kakNi mengandung. Sobs sobs sadis sangat waktu tu padahal kakNi tak mengandung pun. Anak no 2 baru berumur 7 bulan. Huwaaa

Dan ada 1 lagi yang betul-betul membuatkan KakNi tersedar dari lamunan ialah ada 1 hari waktu masih bekerja di sektor perbankan dulu. Majikan memang menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk semua staff diaorang. Dan masa tu KakNi memang pergi untuk buat pemeriksaan. Dari periksaan tulang, tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan banyak lagi la.

Alhamdulillah selepas dapat keputusan semuanya bagus kecuali keputusan gula dalam darah yang di atas sempadan sahaja. Sikit lagi untuk menuju kencing manis. Terduduk jap KakNi waktu ni. Doktor cakap jika tidak dikawal tidak mustahil KakNi akan dapat diabetes. Terus lepas tu tak lalu nak makan. Murung kejap hahaha. Balik dari kerja terus singgah beli beras perang. Konon nak berubah dah, lepas masak nasi alamak tak sedap la pulak hahaha..

Dalam hati terus kata tak boleh jadi ni, aku mesti ubah gaya hidup. Masa ni la terjumpa dengan kawan Universiti dulu yang banyak bagi ilmu pasal kesihatan. Dan dia jugak pengedar Shaklee. Alhamdulillah, lepas berjumpa dengan Shaklee dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam Shaklee banyak dapat ilmu tentang pentingnya jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pengambilan supplement sebagai sokongan nutrisi yang mana kurang.

Jom kita ketahui apakah faktor penyebab kepada perut buncit

1. Pengambilan karbohidrat secara berlebihan mengakibatkan tahap glukosa darah meningkat yang akan menukar kalori tambahan menjadi tisu lemak

2. Pengosongan perut yang perlahan disamping pengumpulan angin juga boleh menyebabkan pergerakan angin perlahan menyebabkan perut kembung dan buncit.

3. Makan terlalu banyak dan terlalu kenyang. Tabiat pemakanan yang baik adalah dengan cara pengambilan suku-suku separuh. Suku karbohidrat, suku protien dan separuh sayur. Juga amalkan "berhenti makan sebelum kenyang" mengikut ajaran Rasululllah SAW

4. Kurang melakukan pergerakan atau bersenam. Banyak bergerak membantu badan membakar kalori dengan cepat.
Pemakanan yang tidak sihat. Terlalu banyak kalori dalam apa jua jenis makanan. Terlalu banyak pengambilan makanan mengandungi lemak tepu dan lemak trans dalam makanan yang diproses.

5. Hidup dalam tekanan samaada disebabkan pekerjaan atau masalah kewangan menyebabkan badan menghasilkan hormon kortisol yang tinggi. Hormon ini mempunyai kesan terhadap di mana lemak anda tersimpan dan membawa kepada pengumpulan lemak visceral.

6. Kurang tidur. Mempunyai waktu tidur yang cukup sangat mempengaruhi kesihatan. Kurang tidur menyebabkan risiko kenaikan berat badan membawa kepada pengumpulan lemak di bahagian perut.

7. Kurang minum air. Air amat penting untuk organ badan berfungsi dengan baik. Kita disarankan untuk minum air sebanyak 8 gelas sehari untuk perut sentiasa aktif

Nak tau set yang banyak membantu untuk membuang lelemak visceral?


Nak atasi masalah perut buncit? Selain meningkatkan gaya hidup ke arah lebih sihat pengambilan supplement dapat membantu mempercepatkan penyingkiran lemak.

Hubungi KakNi untuk dapatkan set ini

Aniey Yusoff
ID 887558
SMS/Whatsapp : 0137773122
IG : aniey_yusoff


You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *