Saturday, 24 December 2016

Dil Hai Tumhaaraa Cerita Hindustan Favourite

KakNi memang suka gile tengok cerita hindustan sejak dari kecik lagi. Dulu selalu tengok cerita hindustan dengan arwah mak jadi memang satu kenangan la bila layan hindustan ni. Dari dulu sampai sekarang memang tak berubah panggung sabtu tv3 ni cerita hindustan. Cumanya cerita hindustan waktu 90an dan awal 2000 tu semua cerita best-best la. Pendek kata kalau cerita cinta tu menusuk terus ke jiwa. Cewahhh

Apa yang mengasyikkan bila layan cerita hindustan ni bila time menyanyi dan menari tu memang kusyuk habis dapat pulak lagi best, tak berkelip mata haha..

Ok nak ceritanya kakNi memang suka gilerr dengan cerita Dil Hai Tumhaaraa (hatiku kini jadi milikmu) gitu la kot maksudnya haha. Cerita lain banyak yang best tapi cerita ni sebab part sedihhh banyakk. Kalah cerita lain. Kuch kuch hota hai pun tak nangis teruk macam cerita ni huhu. Disebabkan cerita ni boleh menangis teresak-esak. Adooi semua part sedih, semua watak sedih. Meleleh air mata.


Huwaa awat la sedih betul. Lagu pulak semua best-best! Cerita ni lakonan Arjun Rampal, Preity Zinta, Mahima Chaudry dan Jimmy Shergill. KakNi memang suka kalau Mahima Chaudry berlakon sebab suara dia sedap. Kalau menangis lagi best suara dia. 

Layan cerita ni tisu tak cukup kena sediakan sapu tangan buat lap air mata tau 😂. Tapi tak tau la kot korang tak sedih dan kakNi je terlebih feeling kahkah