Resepi Ayam Goreng Berempah Versi Mamak

Wednesday, March 15, 2017

Selesai hantar anak sekolah waktu pagi hari tu kakNi ada singgah kat gerai jual nasi lemak. Pakcik yang jual nasi lemak ni memang terbaik sambalnya. Ada sembang dengan dia, katanya sambal tu masak 4 jam atas dapur. Beria dia pesan supaya sambal yang tak habis jangan dibuang nanti simpan dalam peti. KakNi beli nasi lemak memang letak sambal asing tu yang pakcik pesan gitu tu.

Bukan nasi lemak je sedap, kuew teaw goreng, mee goreng dan bihun goreng semua sedap. Bau ayam goreng pakcik ni sedapnya lahai. Menggoda betul! Haha angau ke apa aku ni 😂😂

Ok, tapi resepi yang kakNi nak bagi kat sini tidak lah dari resepi pakcik tu. Tak ada pulak beria kakNi nak mintak resepinya. Adat orang berniaga kita pun paham. Google je apa susah kan!

Dalam banyak-banyak resepi ayam goreng rempah yang di google kakNi gerenti resepi yang ni paling sedap! Resepi ni asal dari sahabat FB dalam group masakan tapi biasala kakNi olah sikit ikut bahan yang ada kat rumah 😂


Ini bahan-bahannya :

1 ekor ayam (atau ikut la berapa ramai nak makan)
2 inci halia
2 sudu makan serbuk kari ayam atau daging
10 biji cili kering (potong dan rebus dulu)
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 labu bawang putih
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Garam

Cara-cara

1. Cili kering, bawang putih, jintan manis dan putih, halia diblend sampai lumat
2. Lumur ayam dengan tepung beras dan  tepung jagung serta garam secukup rasa
3. Cucuk sedikit bahagian ayam untuk senangkan rempah meresap
4. Gaul dengan bahan blend
5. Perap 5 jam atau semalaman
6. Goreng api perlahan
7. Siap!


Sedap bak hang! 😂 

Kaitan dengan mamak sebab selalu nampak ayam goreng ni kat kedai mamak je kan? Toksah cerita la korang selalu buat. KakNi baru jumpa resepi yang sedap kahkah 

Anak-anak siap meratah sekejap je habis ayam sekor 😂

#DapurIbuAniey

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey