10 Amalan Rahsia Untuk Jadi Wanita Cantik Dan Awet Muda Gitu

Tuesday, May 02, 2017

Sabtu lepas jiran sebelah rumah ada buat kenduri kesyukuran. Masa kami tengah makan-makan kat rumah jiran ni, duduk semeja dengan kami adalah seorang perempuan usia dalam 40-an, seorang lelaki muda dan ada budak kecik dalam usia 6 tahun.


Sekali tengok pasangan ni masa tengah suap anak-anak makan, kakNi fikir suami isteri ni dengan anak mereka. Eh eh 2 kali tengok macam muda sangat pulak lelaki tu nak jadi suami dia kahkah (sempat jadi tukang tilik pulak..apa la) huhu..

Selepas tu jiran kakNi datang bersembang kat meja kami. Dia perkenalkan, ini makcik bidan. Umur dah 61 dah, datang dengan anak cucu. Kuat ni masih mengurut orang..kata jiran kakNi. What!! Serius! Awet muda betul 😳

Makcik bidan tu tengah seronok makan nasi berulamkan ulam raja sambil sengih ja. Dia pesan nak awet muda rajin-rajinkan makan ulam ulaman segar. Ala..teringat pulak kat pesan-pesan arwah nenek kakNi dulu.

Memang banyak amalan orang dulu-dulu yang kebanyakkannya hanya menggunakan bahan dari alam semulajadi sebagai penjaga kesihatan dan kecantikan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada petuanya.

Nak tau rahsia awet muda orang dulu-dulu? Juga petua cantikkan kulit zaman berzaman. Jom ketahui 10 rahsia itu!

1) Minyak Kelapa

Orang tua dulu-dulu rajin masak minyak kelapa kan? Nenek kakNi pun sama, ingat lagi dulu punya la lama nak masak kelapa tu sampai jadi minyak

Minyak tu la kadang buat masak, lumur kat rambut untuk lebatkan rambut, hitamkan rambut, juga bagus untuk hilangkan gatal-gatal kulit kepala

2) Aloe Vera atau Lidah Buaya

Pernah satu musim dulu aloe vera memang setiap rumah kat kampung ada tanam. Membiak-biak sampai 1 pasu jadi berpasu-pasu. 

Nenek ajar amik aloe vera ni keluarkan lendir dia dan buat sapu kat rambut dan muka. 




Boleh licinkan muka dan cantikkan rambut.

3) Air Beras

Dulu masa kecik selalu tengok arwah nenek masa masak nasi, mesti nenek lebihkan air. Masa nasi tengah menggelegak, nenek akan cedok air beras dalam 1 cawan buat minum.


Pernah lah KakNi minum sekali. Sedap tau rasa air beras ni. Air beras ni kaya dengan antioksidan buat awet muda. Tapi pastikan la dulu cuci bersih-bersih berasnya hihi...

4) Kunyit

Korang pernah makan kunyit buat ulam? Hihi kakNi pun tak pernah 😂 tapi inilah petua orang dulu-dulu untuk kekal awet muda. 


Makan nasi berulamkan kunyit muda cicah budu! Sedap mengancam hahaha..Ini petua awet muda orang Cina dan India juga tau. Rahsia kulit cantik dan halus. Kunyit berfungsi sebagai antiseptik dan scrub.

5) Ulam-ulaman

Nenek kita dan orang-orang tua dulu-dulu sebut saja apa jenis ulaman yang diaorang tak makan. Hampir tiada kot sebab semua makan!

Pucuk gajus, ulam raja, pucuk mata ayam, daun mengkudu, pucuk sayur labu mungkin dah biasa sangat la ni. Nak tau apa yang lagi rare!?

Hihi arwah mak kakNi suka tanam pokok bunga. Dalam banyak-banyak pokok bunga mak tu ada yang jenis pokok puding namanya. Pernah mak kutip-kutip pucuknya kemudian rebus buat ulam tau! Haha jangan main-main semua la asalkan boleh makan. 

Masak buat sayur air. Letak bawang putih bawang merah banyak-banyak dah siap! Pernah tanya mak, kang mabuk ke apa makan tu. Alhamdulillah..elok je tak ada apa-apa hihi..

6) Berurut

Antara yang menjadi amalan nenek moyang kita dulu adalah berurut. Orang kata tak boleh kerap sangat berurut nanti badan jadi manja.

Tapi zaman nenek kita dulu asal badan rasa lenguh, sakit-sakit memang diaorang akan pergi berurut. Berurut bagus untuk melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan menenangkan fikiran. 

7) Berpagi-pagian

Satu lagi amalan rahsia orang-orang tua dulu-dulu ialah bangun sebelum subuh, mandi dan solat subuh berjemaah di masjid. Tak dapat disangkal lagi amalan berpagi-pagian ini petua murah rezeki dan menyihatkan badan. 

8) Limau Nipis

Zaman dulu-dulu mana la nak ada sabun segala macam sekarang ni. Masa mandi selalunya yang akan jadi sabun mandi adalah limau nipis dan akar pokok beluru yang mengeluarkan buih buat pengganti sabun mandi dan syampu.

Masa kecik-kecik memang inilah saja sabun mandi kami. Seronok mandi gosok dari kepala sampai kaki. Lepas mandi memang rasa kulit licin dan halus jee (kenapa la sekarang dah tak amal hukhuk)

9) Ber'salai' 

Kalau melalui zaman berpantang masa arwah nenek masih ada mungkin sempat dengan amalan ber'salai' dalam pantang

Whow korang tak tau betapa panasnya bahang bara api kat bawah rumah tu. Boleh rentung rasanya haha..(macam mana la mak tahan) Terfikir masa ni nenek ni nak bagi mak hangus terbakar ke 😂😂

Dulu setiap rumah memang ada tempat khas papan yang dibuat jarang-jarang sebagai tempat nak ber'salai' dalam pantang. Sempat tengok mak dulu ber'salai' dalam pantang waktu bersalinkan adik.

Sekarang mana ada dah rumah cenggini. Semua dah rumah batu seiring dengan peredaran zaman. 

Ber'salai' bagus untuk memanaskan badan wanita dalam pantang, melancarkan peredaran darah, membuang darah kotor dan mengelakkan gila meroyan.


Ok, yang ini bukan petua nenek kakNi tapi petua kakNi buat mak ayah kita pulak. Selain dari 9 amalan yang kita boleh amalkan kat atas ni. Rahsia untuk cantik dan awet muda paling senang jugak adalah minum Vivix!

Vivix minuman berpaten dari shaklee kaya diadun dari 4 tumbuhan eksklusif yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang terbukti secara klinikal mampu melambatkan penuaan dengan cara membaik pulih sel, membaiki sel, memberi tenaga kepada sel dan meningkatkan prestasi sel. 




Alhamdulillah pelaburan yang sangat bernilai, bukan hanya untuk kecantikan kita malah yang paling penting ialah untuk kesihatan kita. 


Cantik dan awet muda yang sebenarnya bila badan sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Betul? 
Untuk mendapatkan vivix ini korang boleh terus wasap kakNi yang selalu bersedia membantu anda ❤️

Aniey Yusoff
ID 887558


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey