Cara Kurangkan Kolesterol Jahat Dengan Cepat Secara Semulajadi
Sunday, August 05, 2018
Adakah korang tau apabila seseorang yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan ia juga menyumbang kepada tingginya risiko untuk korang mendapat sakit jantung?
Sakit jantung iaitu sakit yang secara tiba-tiba menyerang dan boleh membawa hingga kematian. Sekali dengar mungkin kita rasa..eh tak ada apa-apa kot..aku InsyaAllah sihat..tapi apa yang kita buat untuk mencegahnya? Atau sekadar dengar buat tak tau saja?
Sekali dapat berita ahli keluarga terdekat kita atau sahabat karib kita yang secara 'tiba-tiba' meninggal padahal sihat walafiat dan baru je kita berjumpa dengan dia mungkin dapat mengubah kita jadi lebih menghargai kesihatan. Pandang wajah anak-anak yang masih kecil dan memikirkan nasib mereka kalau 'tiba-tiba' kita meninggal macam mana?
Jadi marilah kita berubah dan jalani hidup secara sihat, aktif dan sentiasa bersederhana dalam pemakanan kita.
Risiko untuk mendapat sakit jantung boleh kita kurangkan dengan mengawal dan mengurangkan kolesterol 'jahat' iaitu LDL (Low Density Lipoprotien) Cholesterol dan meningkatkan kolesterol 'baik' iaitu HDL (High Density Lipoprotien) cholesterol.
LDL kolesterol 'bekerja' untuk menghalang salur darah sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan salur darah pecah atau tersumbat.
Manakala HDL kolesterol pula adalah kolesterol yang bekerja untuk menghasilkan hormon dan menghasilkan vitamin D.
1) Elak Pengambilan Lemak Trans
American Heart Association menyatakan bahawa lemak trans meningkatkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL) dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.
Lemak trans banyak didapati di dalam jenis makanan seperti :
- semua makanan yang digoreng. Penggunaan minyak untuk menggoreng berkali-kali meningkatkan kadar lemak trans
- Aneka biskut
- Popcorn bersalut
2) Kurangkan Berat Badan Dan Dapatkan BMI Normal
Bersenam sekurang-kurangnya 2 jam setengah seminggu mampu mengekalkan kadar kolesterol baik dan menurunkan berat badan.
3) Jalani Hidup Yang Aktif
Kolesterol dan lemak tak sihat ini bukan sahaja dijumpai dan banyak dalam salur darah tetapi lebih menakutkan apabila ia banyak didapati pada organ badan kita seperti jantung dan paru-paru.
Menjalani gaya hidup yang tidak aktif akan memburukkan lagi keadaan ditambah dengan membiarkan berat mencapai obesiti. Jadi dengan jalani hidup aktif sekurangnya dengan bersenam atau beriadah dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat.
4) Banyakkan Pengambilan Fiber
Makanan seperti oat, epal, prun dan kekacang kaya dengan fiber yang akan menghalang keupayaan menyerap kolesterol.
Banyakkan mengambil fiber juga membuatkan kita cepat kenyang dan mengelakkan makan dengan berlebihan.
5) Amalkan Pengambilan Omega 3
Omega 3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan perlu diambil dari makanan.
Omega 3, DHA dan EPA boleh menentang trombosis, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lebih lancar.
Pengambilannya sangat membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan sakit jantung.
Omega 3 boleh didapati dalam ikan sardin, mackerel dan Herring.
6) Olive Oil
Lemak sihat pada olive oil membantu mengurangkan LDL kolesterol. Ia tinggi dengan antioksidan dan mencegah penyakit kardiovaskular.
7) Kurangkan Stress
Kajian menunjukkan apabila kita dalam keadaan tertekan dan stress kadar LDL kolesterol semakin meningkat. Jadi, sentiasa berfikiran positif dan bertenang selalu.
8) Kurangkan Merokok
Merokok meningkatkan kadar kolesterol jahat LDL dan merendahkan kolesterol baik HDL.
Bagaimana Sterol Tumbuhan Boleh Menyingkirkan Kolesterol?
Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolesterol dalam badan dan apabila kolesterol ini berjumpa ia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem badan.
Sterol dan stenols akan menghalang kolesterol jahat dan merendahkan kadar kolesterol jahat diserap ke dalam salur darah.
Phytocol-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.
Menyediakan 2000mg fitosterol tumbuhan yang diperlukan setiap hari. 2000mg fitosterol ini bersamaan dengan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari.
Ermm..amat mustahil untuk kita ambil bukan? Jadi pengambilan Phytocol-ST adalah terbaik untuk khasiatnya.
Omega 3 Tulen Untuk Mengurangkan Kolesterol
Omega guard shaklee yang diesktrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ia merupakan minyak ikan paling tulen di dunia berbanding dengan produk omega lain di pasaran mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Polifenol Tumbuhan Membantu Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Polifenol yang biasanya banyak terdapat di dalam buah anggur merupakan antioksidan yang paling kuat.
Kolesterol terbentuk hasil oksidasi lemak dari makanan. Polifenol akan bertindak menghalang oksidasi dan sekaligus akan mengingkatkan kolesterol HDL.
Berwaspada pada hari ini untuk kebaikan kesihatan kita di masa hadapan. Untuk mendapatkan set kolesterol ini, segera hubungi KakNi :
Aniey Yusoff
ID : 887558
Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU
0 comments
Terima Kasih Atas Komen Anda Semua