Hobi Tanam Sayur Di Kebun Bandar

Wednesday, September 27, 2017

Assalamualaikum WBT

Kalau dah memang asal orang kampung memang tak lepas dari suasana kekampungan walau duduk di bandar. 

Ok, ini bukan KakNi tanam..amik inspirasi hihi..

Masa KakNi umur 18 tahun baru melangkah keluar dari kampung sebab sambung belajar. Suasana kampung yang dirindui? Banyakk sangat la tapi sekarang sebagai mak-mak yang paling dirindui ialah 'petikan sayur belakang rumah'

Ye sindrom mak-mak yang ni memang tak dapat diubati dengan bekalan sayur di pasar. Kadang beli kunyit hidup 1 pek kecik tak sempat habis guna dah layu. Beli serai tak sempat guna dah kering.

Kalau kat kampung? "ayah! Nanti cabutkan serai 2 batang nak guna buat masak ni, pucuk ketereh buat ulam ada tak ayah? Dah semua mintak kat ayah 

Bukan apa sesekali balik kampung nak bermanja dengan ayah. Sikit-sikit ayah kihkih. Ayah memang suka berkebun. 'Sejuk' tangan ayah sebab tanam la apa pun mesti menjadi. Awat la anak dia yang ni tanam apa-apa mesti mati huhu..

Semai cili, tak sempat berjasa dah mati. Tanam serai pulak tak membiak-biak, duk sebatang situ la. Haih la sesuatu kena buat ni.

Rumah bandar KakNi sekarang memang tak ada tanah pun. Jadi pilihan yang ada adalah tanaman berpasu. KakNi memang minat nak tanam sayur dan dan pokok buahan je. Biarlah orang kata "ala tak payah la tanam sayur pegi beli kat pasar je.." Keh keh tak kisah la hobi ni tau terapi minda.

Nasib baik join group FB kebun bandar. Banyak dapat ilmu dan inspirasi daripada situ. Tengok orang lain duk rumah tingkat atas tapi punya kebun yang ohsem la. Jadi KakNi pun bermula la dengan kebun kecil 2 kangkang kat belakang rumah 

Sekarang ni KakNi ada tanam sawi, bayam merah, bendi merah, kacang botol, serai, pokok kari dan pandan. Semuanya baru berusia tak sampai sebulan lagi. Tunggu update seterusnya tengok apa jadi ye 

Anak-anak bayam merah baru menjengah dunia..

Anak-anak sawi yang baru ditimpa hujan huhu

InsyaAllah semoga sihat ye semua anak-anak pokok. Mummy love korang  kahkah

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey