Muka Rosak Akibat Pemakaian Kosmetik Pulih Dengan Set Radiant 4

Monday, September 25, 2017

Dah namanya wanita memang tak dapat berpisah dari nak kelihatan cantik kan? Ada ke gerangan wanita yang tidak teringin nak cantik?Nasib KakNi ni memang kurang berminat sikit dengan mekap-mekap ni. Setakat calit sikit-sikit tu ada la tapi kalau nak beli set mekap lengkap beria tu tak ada la. 


Sebabnya muka KakNi memang sangat sensitif dengan mekap-mekap ni. Asal pakai bedak ke apa ke selepas tu memang gatal habis satu muka. Kalau jadi gini memang kena cuci muka cepat-cepat.

Bibir pun sama, asal pakai lipstik je mesti selepas tu bibir akan cepat kering dan mengelupas. Memang sangat alah dengan sebarang alatan kosmetik ni.

Antara sebab lagi kenapa KakNi kurang dengan alatan kosmetik ni sebab memang amat takut dengan kandungan mengarut dalam bahan kosmetik ni. Pernah KakNi cerita dalam entry ni pasal bagaimana keadaan kulit KakNi lepas pakai sabun dari seberang huhuhu


Antara soalan yang sering bermain dalam fikiran masa nak beli apa-apa produk kosmetik ialah :

"elok ke untuk kulit aku ni?"
"bahan apa yang ada dalam produk ni ye?"
"kalau pakai produk ni jadi elok tak ye muka aku?"
"eh tak ada kelulusan KKM pun ni..entah-entah produk timbang kilo dari seberang agaknya"

Haa ingat senang nak beli produk komestik..berjela persoalan yang bermain dalam fikiran. Bagi KakNi soal keselamatan diri ni benda paling utama sekali kena hati-hati. Silap pilih kita yang akan menanggung akibatnya. Bukan main beli je, ingat famous maka produk pun selamat ke?

Perkara utama baca kandungannya betul-betul dan wajib ada kelulusan dari KKM. 



Berikut petikan kenyataan akhbar dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah ~ 11 April 2017


"Kami ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya lagi, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Menurutnya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Jelasnya, kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

"Manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," katanya lagi.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Difahamkan, bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," tambahnya.

Sentiasa la kita peka dengan setiap update dari pihak berwajib bagi nak pastikan produk kita bebas bahan terlarang. Antaranya di link pihak farmasi ini Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang

Kulit Rosak Pulih Dengan Set Radiant 4

Set radiant 4 mengandungi 4 jenis vitamin yang membantu mengembalikan dan memulihkan kulit muka yang rosak.

Berkuasa 4 dengan produk utamanya iaitu :

1) Collagen Powder
2) ESP
3) Vitamin C
4) GLA Complex

Manfaat Set Radiant 4 :


~ membina struktur kulit rosak menjadikannya lebih anjal dan kulit lebih licin
~ memudarkan parut jerawat dan jeragat
~ mencerahkan kulit kusam dan gelap
~ melembabkan kulit 
~ menghilangkan sunburn
~ mengecilkan liang pori
~ melebatkan dan menyuburkan rambut
~ mencantikkan kuku
~ menghilangkan parut keloid
~ memberi perlindungan kulit dari masalah gatal muka dan jerawat batu
~ menjadikan kulit berseri dan gebu
~ menjadikan tona kulit lebih sekata


Testimoni #1 

Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU

Testimoni #2


Testimoni #3


Belian secara online hanya klik di link esell di bawah


Untuk mendapatkan konsultasi eksklusif dari KakNi, boleh hubungi KakNi seperti no di bawah :

Aniey Yusoff
ID 887558
sms/Whatsapp : 0137773122
http://kakni.wasap.my
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey