5 Sebab Kenapa Perlu Kempiskan Perut Buncit
Thursday, October 12, 2017
Ramai orang kata, "ala Ani badan kecik je mana ada gemuk pun.." "tak payah diet la Ani, perut buncit ke apa ke tak adanya orang nampak pun" huhu disebabkan faktor KakNi ni orangnya kecik comel je maka kalau gemuk pun takadalah gemuk sangat maka, KakNi memang tak jaga makan. Makan-makan ni dah memang satu hobi KakNi.
Nafsu makan udah macam 'membela' pulak huhuhu... Anak tak habis makan, mak tukang perabis, suami tak habis makan mak tukang habiskan lauk. Macam 'majlis perbandaran' pulak. Sampai la lepas bersalin anak ke 4, sekarang KakNi perasan badan makin beratt je dan perut tak usah cakap la dah macam orang mengandung 5 bulan huwaa...
Sekarang alhamdulillah dah insofff!! Ada banyak sebab yang mendorong KakNi tekad jaga makan. Berjaga-jaga dengan pemakanan bukan sebab nak kurus saja tapi berwaspada dengan penyakit 'bawaan perut'.
Perut itu rumah segala penyakit, lagipun usia pertengahan 30-an merupakan satu fasa kena lebih berjaga-jaga. Penyakit datang tak kira usia, gemuk atau kurus. Kalau diizinkanNya panjang umur nanti boleh bermain dengan anak cucu dalam keadaan sihat. InsyaAllah..
Jom tengok apa 'push factor' KakNi sampaikan insof tengok makanan tak mau dah makan berlebihan...

1) Sendi Jadi Lemah
Lemah sendi ni dikesan menyeksakan ketika solat. Masa nak duduk tahiyat akhir tu punyalah rasa sakit kaki, otot, sendi kemain. Kebass ya ampunn sampaikan baca bacaan tahiyat akhir laju-laju dan laju-laju jugak lunjurkan kaki.
Yang mana kaki tak mampu nak tanggung badan yang berattt!! Terutama perut yang mengandungi lelemak visceral fat ni.
Malu pada orang-orang tua kalau kat masjid ni. Mana taknya, orang tua rileks je duduk bersila atas sejadah berzikir dengan tenang sedangkan kaki KakNi dah lenguh kemain.
2) Malas Nak Bergerak
Ish ish yang ini memang sangat tak boleh dibiarkan. Bila perut dah kenyang, dah berat, perut dah buncit penuh makanan punyalahh malas nak bergerak!
Asyik nak baring sajaaa...nak makan pun punyalah rasa malas nak bangun masak.
Sesungguhnya Allah sangat benci dengan orang yang malas, makan, tidur dan berhibur kena kurangkan untuk menghindar diri dari rasa malas.

3) Penat Cover Perut
Ketahuilah bahawa penat tau nak cover perut. Dulu masa masih bekerja sampai sanggup beli bengkung beribu ringgit dan pakai pulak pergi kerja hari-hari sampai rasa sesak nafas la. Huwaaa...
Habis segala getah kain baju kurung, seluar semua dah tak muat nak pakai sebab tak boleh butang kat perut.

4) Malu Kot Nak Jual Vitamin Tapi Diri Sendiri Perut Bukan Main Cover!
Realitinya, sebagai seorang pengedar produk-produk kesihatan yang banyak duk cerita pasal life style yang sihat, vitamin menyihatkan, body ideal la tapi apa pandangan orang bila mereka tengok kita sendiri pun gemuk? perut buncit, kulit berjerawat, letih, lesu je?
Cakap tak serupa bikin ka?? Eh KakNi sendiri bila tengok orang beria jual produk kuruskan badan tapi dia sendiri pun gemuk gedempol, tak adanya orang nak beli kan?

5) Rindu Kat Pakaian Lama
Ok, ini serius insaff lagi huhu. KakNi rindu nak pakai baju saiz S balik! Nak rasa ringan macam sebelum ni. Bebas dan rajin nak bergerak ke mana-mana pun.
Eh KakNi tak ada la gemuk sangat, naik satu tangga je saiz M sekarang hihi..
Jadi, apa perancangan KakNi untuk buang visceral fat kat perut dan kuruskan badan sikit kembali ke zaman S?
Nanti KakNi tuliskan entry khas mengenai cara yang kita boleh lakukan untuk kuruskan badan selain menjaga pemakanan.

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU
0 comments
Terima Kasih Atas Komen Anda Semua