Cara Mengatasi Masalah Resdung Pada Kanak-kanak

Wednesday, October 11, 2017

Anak KakNi yang kedua, Affan usia 7 tahun kerap sangat bersin dan selsema. Hampir setiap hari dia akan bersin bermula dari awal pagi selepas mandi untuk ke sekolah.

KakNi ingatkan dia cuma selsema yang biasa sahaja sehinggalah satu hari tu matanya merah menyala dan dia bagitau hidungnya gatal sangat. 

KakNi pun suluh la hidungnya dan nampak ada satu benjolan warna merah. Esoknya terus KakNi bawak dia jumpa Doktor Pakar Kanak-kanak yang biasa kami jumpa iaitu Dr Hasmawati Jalaludin di Klinik  Pakar Kanak-kanak Desa Melawati.

Doktor bagitau Affan bukan selsema biasa tetapi dia alami simptom resdung. Ehh..KakNi terkejut, resdung pun ada pada kanak-kanak juga ye. Ingatkan kena kat orang dewasa je. 


Doktor kata untuk nak tau apa alahan dia pada makanan kena buat ujian darah yang mana kosnya dalam RM600-700 jugak la. 

Ini ubat yang diberi doktor :


Alhamdulillah, lepas amik ubat simptomnya makin berkurang. Mata dah tak merah dan dah tak bersin.Tapi yang menjadi masalah ialah selepas seminggu simptomnya datang balik. Bersin dan mata merah. 

Memikirkan kekerapan yang perlu untuk nak bawa Affan ke klinik setiap kali resdung teruk melanda, KakNi ikhtiar suruh dia makan Vitamin C dan Alfalfa. Nutriferon habis stok pulak, nanti tambah ambil nutriferon sekali. Alhamdulillah kurang simptomnya, setakat bersin-bersin sekejap di pagi hari dan tidak membawa kepada mata merah seperti sebelumnya.

Sekarang tanpa perlu disuruh, dia sendiri yang amik dan makan sebab katanya dia suka dah tak gatal hidung lagi.

Mengenali Simptom-simptom Resdung


Resdung, atau dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom resdung ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwarna kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.
Rujukan : doktorbudak.com

Semoga Affan terus sembuh dari resdungnya dan rajin-rajin makan set resdung untuk kanak-kanak ye. Bagi kuatkan sistem imunnya.

Disclaimer : Ini adalah perkongsian peribadi dan tiada kaitan overclaim dengan mana-mana pihak. Vitamin bukan ubat untuk menyembuh tapi adalah makanan tambahan yang menyihatkan.

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU

You Might Also Like

1 comments

  1. betul2.. budak pun boleh ada resdung. kalo selalu hachum2 tu ye la tuh. btw semoga affan cepat sihat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *