Bagaimana Diabetes Boleh Terjadi Dan Kenali Tanda Pengidap Kencing Manis
Saturday, October 28, 2017
Sejarah keluarga KakNi ada beberapa ahli keluarga terdekat yang mengidap kencing manis atau diabetes ini. Seolah macam dah jadi penyakit biasa pulak.
Pernah dulu masa buat pemeriksaan kesihatan oleh NADI di pejabat tempat KakNi kerja dulu, lemah semangat KakNi bila dapat result minum air gula. Keputusan menunjukkan KakNi adalah individu yang SANGAT BERISIKO! Nak pengsan ok time ni!
Terus down selama beberapa minggu. Tak lalu nak makan nasi huhu.. Mula cari info pasal diabetes dan cara nak cegahnya. Sapa yang nak ooi muda-muda dah kena kencing manis. "Nangis!"
Dulu ingatkan diabetes ni orang-orang tua je yang boleh ada, rupanya budak-budak pun dah kena. Sepupu KakNi seawal usia 20-an dah ada diabetes dan sekarang kena suntik insulin setiap hari.
Mengenali Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah kita adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi
Bagaimana Diabetes Berlaku?
Diabetes ada 2 jenis:
Jenis 1 : bila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.
Jenis 2 : bila sel badan tidak kenal insulin
Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) untuk masuk ke dalam sel kita. Sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia.
Insulin akan mengawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Apabila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan kunci pintu sel supaya gula tak boleh masuk lagi. Pada keadaan ini, sekiranya kita makan makanan yang banyak gula, gula tersebut akan berada dalam darah.
Bagi pengidap diabetes yang Jenis 1, badan dia memang tak boleh menghasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar-legar kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar? penat, letih, pitam dan tak bermaya. Ibaratnya macam tu lah bila gula tak boleh masuk dalam sel kita, tapi berlegar-legar dalam salur darah kita. Ia jadi tak seimbang.
Bagi Jenis 2 pulak terjadi bila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. Sepatutnya nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia bagi kunci kereta, mana nak boleh buka. Jadi, sama orang-orang tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).
Keadaan-keadaan ni buatkan kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, timbul pelbagai masalah kesihatan.
Tanda Pengidap Kencing Manis
- Pandangan kabur
- Gangguan berat badan
- Jangkitan pada kulit
- Luka lambat sembuh
- Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
- Letih
- Berat badan menurun
- Otot lemah
- Gatal
Lain-lain gejala termasuk :
- Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
- Luka yang lambat sembuh
- Kencing yang kerap
- Gatal pada bahagian kemaluan
- Rasa kebas
Sekiranya tanda-tanda ini dah sebahagiannya korang alami maka elok dengan segera ubah gaya hidup dan kurangkan faktor risiko tersebut.
Nasib baik KakNi berkenalan dengan dunia pemakanan tambahan yang berfungsi memberi nutrisi yang cukup untuk kesihatan badan.
Organ badan kita ni bila dah sakit barulah kita akan rasa betapa besarnya 'nikmat' sihat anggota badan. Maka jagalah kesihatan kita sebaiknya!
Perlukan konsultasi mengenai nutrisi yang sihat? Hubungi KakNi seperti detail berikut :
Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU
0 comments
Terima Kasih Atas Komen Anda Semua