Tips Mudah Untuk Kempiskan Perut
Tuesday, October 03, 2017
Hari ini sepanjang melalui jalan balik ke rumah dari tempat mengaji, anak KakNi paling kecik umur setahun lebih bukan main teruja tengok LRT kat landasan atas. Panjangggg katanya..
Mak kau ni bukan boleh tengok LRT sebab inilah kenderaan yang dah hampir 10 tahun duk ulang alik dari tempat kerja dulu. Sejak berhenti kerja dan jadi WAHM lama sungguh tak naik LRT.
Sebagai pengguna tegar LRT, ada satu keadaan di mana KakNi rasa tak nak naik LRT dah dek kerana ramainya orang prihatin dengan ibu-ibu mengandung. MALU NAK NAIK!
Kesnya? Asal naik je asyik orang offer tempat duduk sebab tengok KakNi mengandung! Baik kan rakyat Malaysia? KakNi menangis malu dalam hati. Huwaaa...saya tak mengandung la.
Kisahnya KakNi memang seorang yang suka makan. Walau badan kurus je dengan berat sekitar 40-45 kg dan tinggi 148cm memang KakNi suka sangat makan. Faktor badan tak mudah gemuk buatkan KakNi lagi suka makan. Kahkahkah kawan-kawan sakit hati je tengok 😅
Diaorang tak boleh ikut KakNi sebab diaorang cepat gemuk. Saje je la KakNi makan dengan tak beringatnya. Tapi selepas bersalin anak no 2 perut mula buncit yang tak mau kempis-kempis. Asal masuk makanan je mula nampak la perut buncit. Dah macam orang mengandung 5 bulan pulak!
Kawan-kawan kata "ye ke perut buncit? Alaaa KakNi kecik mana nampak..." Saat ni segala pakaian ketat KakNi pakai sebab nak cover perut. Beli la KakNi bengkung yang mahal tu. Yang beribu tu lerr huhuhu..sudahnya seksa lagi ada. Tak bernafas rasa pakai benda alah tu. Buncit tetap ado!
Tapi makan tetap sama. Telan je selagi boleh. Hahaha belum insof lagi masa ni. Kemuncak rasa insof dan perlu dilakukan sesuatu untuk kempiskan perut ialah waktu naik LRT untuk lunch dengan kawan. Ada makcik tegur saje ajak berborak mesra. "adik dah berapa bulan mengandung? Pergi la cari tempat duduk, kesian nak berdiri ni"
KakNi malu tak tau nak letak muka kat mana. Senyum lebor dengan penuh kelat je. Kawan duk sengih tahan gelak. Kurang asam betul!
Sejak hari tu, bila naik LRT je seboleh mungkin sorok perut. Cover tak bagi nampak. Malu! Inilah masalah bagi mak-mak yang dah beranak 1,2,3..perut buncit walau dalam pantang bukan main tip top kempisnya.
Bersenam? Ye boleh kita buat tapi apa usaha yang kita buat ni sebenarnya hanya 20% sahaja dalam menentukan tahap buncitnya perut tu manakala 80% lagi adalah corak pemakanan kita.
Makanya, nak cerita sekarang KakNi dah insof. Makan berpada-pada saja bukan main telan je. Seksa jugak bagi orang yang kuat makan macam KakNi ni tapi demi perut dan kesihatan kena la berjaga-jaga. Penyakit datang bermula dari perut dan tak kira kau kurus, kecik atau gemuk ke.
Dah insaf apa nak buat? Jom makan nenas eh jom tengok apa tips mudah yang kita boleh amalkan :
1) Makan dalam portion yang sedikit setiap kali waktu makan tetapi boleh kerap.
2) Makan bila rasa lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang serta jangan berlebih-lebihan. Firman Allah :
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ
“Makanlah dan minumlah, namun jangan berlebih-lebihan.”
(Al A’rāf : 31)
3) Jarakkan minum air selepas makan sekurang-kurangnya 30 minit. Ini penting untuk membolehkan enzim-enzim di dalam perut bekerja untuk menghuraikan makanan.
2) Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
3) Amalkan pengambilan lemak sihat seperti olive oil dan minyak kelapa dara. Lemak sihat penting untuk membantu membakar visceral fat yang kebanyakkannya ada di perut.
4) Cukupkan pengambilan air putih mengikut kadar yang dicadangkan. Ini penting supaya signal otak dapat menghantar mesej yang betul tentang lapar. Sel memerlukan air tetapi kita mentafsir 'lapar' kepada makanan jadi kita akan makan.
5) Detoks Perut. Detoks perut penting untuk mencuci usus dari kerak-kerak sisa makanan yang selama ini kita makan dan tak pernah 'cuci'. Pernah tengok longkang? Umpamanya longkang itu adalah usus kita. Setiap hari kita buang sisa makanan kita dan tak pernah cuci. Tengok apa jadi bila terlalu lama? Tersumbat dan penuh kerak-kerak yang menggelikan.
Panggillah kita plumber untuk cucikan supaya tak tersumbat lagi. Lepas bersih bukankah senang untuk air mengalir? Mungkin korang boleh juga baca Cara Membersihkan Usus Dari Toksin Penyebab Penyakit
Detoks juga penting untuk membuang segala toksin dan racun dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kegagalan buah pinggan dan sebagainya.
Perlukah detoks? Untuk bacaan anda 10 Kelebihan Detoks Terutama Untuk Turunkan Berat Badan
0 comments