Penang Bridge International Marathon Dan Char Kuew Teow

Monday, December 12, 2016

Minggu lepas suami ajak ke Penang. Wah! Berbunga rasa hati sebab lama KakNi tak menjejak kaki ke Penang setelah tinggalkan bumi utara tanah air sejak tahun 2002.




Tahun 2000-2002 KakNi belajar di Kolej Mara Kulim. Rindu weh kenangan kat sini. Paling dirindui adalah char kuew teow depan kolej! Allah sangat sedap dan terbaik! Tak caya cuba tanya sesiapa yang pernah belajar di KMK dalam range tahun 2000-2005. Sebabnya pernah tanya lepasan pelajar tahun lepas-lepas tu. Char Kuew teow ni macam dah tak ada kat depan kolej.

Kaitan dengan Penang? Haha sebabnya sepanjang duk belajar kat KMK ni setiap kali outing memang ke Penang la kami. Setengah jam naik bas. Destinasi utama selalunya Bukit Mertajam, Butterworth dan Komtar Penang. Nak outing kat Kulim? Ada The Store je, boleh la jalan-jalan cuci mata. Masa ni sedih je pekan Kulim. Sekarang mesti lagi best kot. Lamanya tak ke sana. Rindu air terjun Junjong.

Suami KakNi sebenarnya ada marathon. Ni la marathon lari sepanjang jambatan pulau pinang. Dah minat dia layankan jela.

Sesampai di sana kami anak-beranak menginap di Hotel Summit di Bukit Mertajam. Ok la paling penting sebab ada swimming pool. Budak-budak la apa lagi duk berajak mandi kolam.



Settle mandi kolam. Misi mencari tempat makan malam. Sebab hotel ni ada mall skali. Kami turun ke lobi dan ke mall. Tempat makan dalam mall memang tak ada. Ada KFC je, tu pun ayam dah habis!

Kami keluar dan cari tempat makan kat luar. Pusing-pusing sekitar hospital dan kawasan dekat tu. Di tepi jalan nampak kedai makan betul-betul tepi jalan. Sekali masuk wahh ada char kuew teow la. Memang kedai char kuew teow pun. Alhamdulillah lama mengidam char kuew teow di Utara.


Sedap jugak char kuew teownya. Terubat sikit rindu pada kuew teow Kulim. Ok boleh tidur lena. 

Jam 11 suami dah gerak ke tempat nak start marathon. Tinggal kami anak-beranak rehat kat hotel. Marathon mula jam 1 pagi kau! Pengsan!

Sambung esok misi cari mee rebus kuah ketam!

KakNi Kembara

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *

Subscribe blog Aniey