5 Panduan Mula Perniagaan Dari Rumah Untuk Menambah Pendapatan

Friday, October 20, 2017

Realiti hidup di zaman sekarang, memiliki 2 kerjaya pada suatu masa bukan suatu yang aneh lagi. Rata-rata mereka yang sudah bekerjaya memilih untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga secara atas talian atau online.

Selain faktor menyenangkan dan memudahkan, bisnes online menjadi pilihan apabila majoriti manusia sekarang banyak menghabiskan masa dengan gadjet berbanding dulu. Ini menjadikan bisnes online semakin berkembang dengan pesat.


Seperti juga KakNi yang memilih Shaklee sebagai kerjaya kerana boleh menguruskannya hanya dari rumah. Bukan hanya selesa dipanggil 'berniaga dari rumah' malah untuk memulakan sesuatu bisnes online juga memerlukan ilmu supaya masa yang kita gunakan untuk berbisnes itu tidak sia-sia.

Ingat! "Memilih Syarikat Yang Betul Itu Lebih Baik Berbanding Usaha". Jadi sebelum bermula mari kita ketahui 5 panduan memulakan perniagaan dari rumah.

1. Pilih Bisnes Yang Tak Perlu Modal Beribu

Sebagai langkah pertama untuk memulakan bisnes, pilih bisnes yang tidak memerlukan modal dan jangan sekali-kali memulakan bisnes yang memerlukan korang membuat pinjaman sehingga ribuan ringgit.

Hati-hati ye! Pernah tengok kawan sekerja dulu buat pinjaman sampai RM20k untuk beli stok. Sudahnya kami kawan-kawan ni la yang jadi mangsa beli produk dia.

2. Bisnes Yang Tidak Perlu Simpan Stok

Tentu korang tak mau kan kalau rumah sendiri dah jadi macam gudang simpan barang. Pernah tengok rumah sahabat jugak yang hampir 'tenggelam' la rumahnya simpan barang niaga.

Selain risiko berdepan dengan kecurian, luput tarikh, stok lama dan sebagainya risiko yang kita kena hadapi bila simpan stok ialah KERUGIAN bila stok tidak habis terjual. Setakat simpan sedikit untuk keperluan customer untuk 'cash on delivery' ok la kan.

3. Jadualkan Waktu Bekerja Di Rumah

Kesilapan besar yang ramai lakukan ialah memilih bisnes online sebagai kerja sepenuh masa tetapi banyak masa dihabiskan untuk perkara lain di rumah seperti kerja-kerja rumah dan hal anak-anak.

Korang juga harus memberi masa terhadap bisnes korang. Peruntukkan masa untuk betul-betul fokus menguruskan bisnes. Bisnes online tidak semestinya memerlukan korang untuk 24 jam mengadap komputer atau telefon.

Walaupun hanya 3-4 jam sehari atau 2-3 jam sehari tetapi lebih bermakna dari 24 jam tetapi tidak fokus.

4. Tak Perlu Keluar Rumah

Ini terutamanya untuk golongan suri rumah yang mempunyai anak-anak kecil. Tentu sukar sekiranya bisnes kita itu memerlukan kita untuk keluar menghantar barang atau berjumpa orang setiap hari.

Pilihan yang ada ialah pilih bisnes yang tidak memerlukan kita untuk keluar rumah. Yang semuanya diuruskan oleh syarikat penghantaran yang dipilih oleh syarikat kita bekerja. 

Kalau sesekali keluar untuk menghantar membuat COD tentu tidak bermasalah kan? Tetapi bukanlah setiap hari! KakNi pun tak mau!

5. Pendapatan Tanpa Had

Pernah KakNi tanya kawan tentang bisnes yang dia buat, katanya duit yang dia dapat hasil dari buat bisnes online ialah hanya dari beza harga yang dia jual kepada pelanggan dengan harga yang dia beli dapat syarikat sahaja.

Tiada yang lain.


Tentu teruja kalau dia tahu yang ada syarikat yang bagi lebih dari itu malah 'duit gaji' kita tiada had lagi. Untung retail yang hari-hari boleh buat belanja dan pertengahan bulan dapat bonus lagi.

Syarikat siap rewardkan percutian 5 bintang dalam dan luar negara lagi. Juga disediakan bonus kereta untuk mereka yang layak.

Sertai KakNi dalam keluarga besar Shaklee di bawah group iReach untuk memulakan bisnes online anda hari ini. Hubungi KakNi seperti detail di bawah :

Aniey Yusoff
ID : 887558
Sms/Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat AU 

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *