Bahaya Gula Putih Pada Badan Kita

Saturday, August 04, 2018

Bila bercerita perihal gula putih ni KakNi ada situasi yang nak diceritakan berpandukan pada pengalaman menjadi rakyat dan masyarakat di negeri kelahiran KakNi..nun di pantai timur sana.

Mestilah KakNi nak bercerita pasal pengalaman sendiri kan sebab ini yang KakNi ketahui. Perihal tempat lain tidak la pulak KakNi ketahui. Di kampung KakNi, gula putih atau gula pasir kasar ni satu KEWAJIPAN setiap rumah mesti ada dan akan menggunakan paling sikit pun 1kg tu untuk seminggu atau lebih.



Tak payah pergi jauh, keluarga KakNi sendiri, ayah dan Makcik (mak tiri KakNi) guna gula sebulan 2@3 kg dan memang wajib ada di rumah sekurangnya 3kg stok gula. Pagi-pagi lepas sarapan dah seteko air teh O atau nescafe O terhidang.

Tiap kali ada kenduri, buah tangan setiap orang yang datang ke kenduri paling kurang bawak 2kg gula sebagai hadiah pada tuan rumah. Selesai je kenduri memang berlambak stok gula putih di rumah yang melangsungkan kenduri.

Bulan lepas Makcik KakNi buat kenduri majlis perkahwinan anak dia. Stok gula masya Allah banyaknya siap jual balik pada pemilik kedai runcit sebab banyak sangat gula putih.
KakNi sendiri memang peminat teh O. Sarapan nasi kerabu kena pulak dengan air teh O panas fuhh nikmat rasa..

Tapi Alhamdulillah sejak dari zaman awal belajar lagi kesedaran tentang bahaya penggunaan gula putih ni memang dah amik tau. Sejak kahwin, kalau beli sekilo gula putih dekat setahun rasanya baru nak habis huhu

Tambahan lagi sekarang dah beranak 4 memang apa yang baik untuk kesihatan ahli keluarga memang KakNi sebagai mak akan buat yang terbaik untuk keluarga. Minum jugak kadang-kadang air panas teh O atau milo guna gula tapi tak selalu la. Dalam masakan pun memang tak guna gula putih. Paling nak guna sangat pun hanya pakai gula perang, gula melaka (orang Kelantan panggil nise) atau gula perang organik je.

Organik tak organik pun gula tetap gula yang membezakan jadi penggunaannya tetap di kawal. Jom ketahui kesan gula berlebihan pada badan kita :

1) Menambahkan Berat Badan

Pengambilan gula tersembunyi di dalam makanan harian seperti dalam minuman segera, makanan segera dan menyumbang kepada lebihan kalori dan mencetuskan rasa untuk makan dengan lebih.

2) Merosakkan Fungsi Otak

Pengambilan gula mempercepatkan penuaan sel-sel badan begitu juga dengan sel otak. Dengan kehadiran gula ia akan merencatkan dan menurunkan fungsi otak.

3) Mempercepatkan Penuaan 

Pengambilan gula menyebabkan pemendekan struktur telomeres iaitu struktur yang dijumpai di hujung ikatan DNA iaitu molekul yang menyimpan semua maklumat genetik kita. Semakin kita meningkat usia, ikatan telomeres ini secara semulajadinya akan semakin memendek dan tidak berfungsi.

Tetapi dengan kehadiran gula ia mempercepatkan lagi proses pemendekan telomeres ini dan menyebabkan penuaan sel dan tidak berfungsi.

4) Meningkatkan Risiko Kanser

Setiap manusia berisiko untuk mendapat kanser kerana memiliki sel kanser di dalam tubuh. Bagaimanapun, tubuh kita memiliki mekanisme sendiri untuk mematikan sel kanser supaya tidak berkembang menjadi kanser. Tetapi dengan kehadiran gula berlebihan akan merosakkan mekanisme ini dan menjadi nutrisi yang baik untuk sel kanser berkembang.

5) Meningkatkan Risiko Serangan Jantung

Pengambilan gula berlebihan banyak dikaitkan dengan pelbagai risiko penyakit antaranya ialah kegagalan jantung. Kajian menunjukkan individu yang berlebihan dalam pengambilan gula akan mendorong kepada obesiti, peningkatan paras triglyceride, tekanan darah tinggi, diabetes yang meningkatkan risiko serangan jantung.

6) Menyebabkan Jerawat

Makanan berindeks glisemik tinggi di dalam makanan dan minuman segera meningkatkan kadar gula dalam darah dengan lebih cepat berbanding makanan berindeks glisemik rendah.

Mulakan langkah hari ini dengan perubahan ke arah pinggan sihat, #sukusukuseparuh dan kurangkan gula dalam makanan dan minuman kita. 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai supplement untuk membantu anda mengurangkan kadar gula dalam darah boleh hubungi :


Aniey Yusoff
ID : 887558
Whatsapp : 0137773122
COD : Wangsa Maju Keramat  

You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *