Terima Kasih Genius Aulad Wangsa Maju

Sunday, August 11, 2019

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah  di tahun 2019 ni anak-anak semakin membesar. Kakak Alyaa yang sulung dah pun 11 tahun, abang Affan dah 9 tahun, kak Aimy masuk 6 tahun dan yang bongsu Anas dah masuk 4 tahun walau ikut bulan November 2019 nanti baru umur 4 tahun.

Hujung tahun ni mesti ramai ibu bapa yang sibuk buat persiaran untuk persekolahan anak-anak kan? Baik yang dah bersekolah rendah mahupun yang peringkat tadika. Buat survey sana sini mencari tadika yang terbaik untuk anak-anak masing-masing.

Entry kali ni KakNi nak buat review pasal tadika Genius Aulad. Sebabnya anak-anak KakNi dari yang sulung sampai la yang no. 3 memang semua KakNi hantar ke Genius Aulad. Jadi lagi sekali entry ni mengenai GA sahaja almaklum la nak buat review pasal tadika lain tak ada pengalaman la pulak.


Kenapa KakNi pilih Genius Aulad? Kisah bermula dari Kakak Alyaa yang sulung masa umur 4 tahun. Dah survey tadika sana sini. Masa ni  Genius Aulad memang antara yang dekat la jugak dengan kawasan rumah. Tak tau la kenapa berjodohan dengan GA ni. Haha masa tu open day GA Wangsa Maju ni. Jadi KakNi pun pergi la untuk bertanya itu ini kan.


Masa ni ilmu bab parenting ke apa memang ke laut dalam lagi. Haha lagi pun KakNi masa ni masih bekerja dan ada anak-anak kecik lagi. Masa memang banyak dihabiskan pergi dan balik kerja sahaja, sampai rumah uruskan rumah dan anak-anak dan berulang la untuk esok dan seterusnya.
Sedikit info mengenai GA dari KakNi. 


GA ni tak ada jenis sebarang peperiksaan ke apa untuk anak-anak. Jadi anak-anak akan sentiasa belajar je, bukan belajar mengadap buku sahaja tapi pembelajaran mereka merangkumi semua aspek. Malah bermain pun adalah satu bentuk pembelajaran untuk mereka. Setiap hari kalau balik sekolah tu mesti akan bawak balik berbagai bentuk kraf dan mainan yang diaorang buat di sekolah.

Aimy bersama Teacher kesayangannya 


Bagi KakNi, KakNi sejenis yang suka anak-anak rasa seronok untuk belajar dan bermain. Alhamdulillah anak-anak kakNi sepanjang belajar di GA dari sulung sampai no 3 sangat suka pergi sekolah. Boleh nangis tau kalau cakap hari ni tak payah pergi sekolah la - _ -

Di Hari sukan Aimy 
Lagi pun Alhamdulillah dipermudahkan lagi dengan teacher-teacher yang penyayang. Sepanjang bersekolah memang Teacher sangat menyantuni anak-anak. Sebab tu rasa berat nak tukar kan ke tadika lain sebab KakNi belum kenal lagi dengan mereka semua kan? Dan of course la semua pun baik-baik kan.

Sampaikan kadang ada waktu teacher kesayangan diaorang ni yang nak berhenti, jadi anak-anak amik masa nak ceria balik tapi sekejap je la sebab teacher lain pun semua baik InsyaAllah.

Bagaimana Perkembangan Mereka?

Kakak Alyaa bermula di GA sewaktu umur 5 tahun, Affan 4 tahun dan Aimy 4 tahun. Tahun pertama masing-masing di GA boleh dikategorikan biasa sahaja. Ye la baru tahun tu mereka belajar formal bersama guru dan kawan-kawan di dalam kelas kan. Untuk anak sulung memang KakNi risau la jugak kot dia tak boleh membaca ke sebelum masuk tahun 1. My bad masa ni tak ada masa nak ajar kakak Alyaa sendiri di rumah mahupun buat revision. Cuma kadang - kadang sahaja. Ibu sibuk dengan kerja dan uruskan adik-adik yang masih kecil.

Sewaktu perbincangan dengan Teacher di GA memang diaorang kata untuk anak-anak di tahun pertama nampak biasa sahaja tetapi sebenarnya diaorang sedang belajar dan menyerap semua bentuk pembelajaran di sekolah. Hasilnya masuk tahun seterusnya semuanya lancar. Macam ajaib pulak! Lancar membaca, mengira, menulis dan berdikari.

My Class
Pengalaman atas 3 orang anak untuk hampir 7 tahun di GA. Tahun depan masuk 7 tahun hihi. Uihh lama dah rupanya. InsyaAllah tahun depan yang bongsu Anas pulak akan mula bersekolah di Genius Aulad. Ada jugak terfikir nak hantar ke tadika lain tapi macam tak adil la pulak sebab abang dan kakak-kakak dia semuanya di GA kan.

Jadila generasi anak-anak KakNi dari sulung sampai la bongsu di GA. Terima kasih tak terhingga diucapkan buat semua warga Genius Aulad Wangsa Maju di atas didikan cemerlang buat anak-anak di GA.







You Might Also Like

0 comments

Terima Kasih Atas Komen Anda Semua

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *