Tuesday, 15 August 2017

Alternatif Semulajadi Pilihan Ibu Untuk Mengurangkan Asma Anak

Ubat dan rawatan semulajadi tanpa steroid adalah dua bidang yang berlainan. Ubat fungsinya untuk menyembuh dan membaikkan akan tetapi rawatan semualajadi lebih kepada pencegahan ke arah pemulihan. 


Jadi sekiranya kita sakit memang kita amat perlukan ubat untuk sembuh. Tambah-tambah lagi sekiranya berkaitan penyakit asma. Rawatan segera amat penting kerana asma mampu meragut nyawa. Tapi sekiranya kita sihat sememangnya kita tak perlukan ubat kan tetapi perlukan sesuatu untuk kekal sihat.

Anak saya, Alyaa telah bermula dengan ubat-ubatan yang berunsurkan dadah ini kerana dia ada asma. Memang amat perlukan rawatan, walaupun rawatan untuk asma adalah selamat tetapi setelah sekian lama saya sudah tidak sanggup lagi terus membiarkan dia mengambil ubat-ubatan lagi, ini bermakna kakak Alyaa kena sihat supaya tidak perlu terus bergantung pada ubat.



Adakah Asma Mampu Dipulihkan?

80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau terus sembuh menjelang usia 5 tahun. Sebilangan akan sembuh menjelang usia 20-25 tahun. Namun ada juga kanak-kanak yang terus menghidap asma sehingga dewasa



Walaupun asma secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal. Ini adalah kerana asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa. 

Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak turut terbantut.

Pilih Pencegahan Semulajadi

Selain mengelakkan faktor pencetus kepada alahan, pilihan saya adalah memberi Alyaa nutrisi semulajadi yang paling selamat iaitu Nutriferon dan Omega

Kenapa Paling Selamat?
  1. Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk shaklee adalah Always Safe.
  2. Lebih $250 juta telah Shaklee laburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  3. 350 ujian dijalankan bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
  4. Hanya bahan semula jadi paling asli dan paling tulen yang digunakan dalam ramuan produk Shaklee
  5. Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
  6. Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk shaklee.
Boleh baca Keunikkan Shaklee


Adalah interferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa.

Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Pentingnya interferon :

1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
2. Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh.
3. Melindungi dari influenza.
4. Melindungi dengan berkesan daripada serangan virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
5. Meringankan stress dan kelesuan.
6. Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam omega guard ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Alhamdulillah untuk semua asbab ini yang telah membantu Alyaa bebas dari asma. Inilah shaklee effect keluarga kami.

Jom pilih rawatan semulajadi untuk anak-anak kita yang ada masalah asma. Hubungi saya :

Aniey Yusoff
aniey434@yahoo.com

Resepi Ayam Masak Merah Untuk 4 Ekor Ayam

Alhamdulillah sabtu lepas kakNi ada masak untuk keluarga dan jiran tetangga. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai.
Kali ni menu yang kakNi masak adalah nasi dagang, gulai ikan tongkol, ayam masak merah, daging masak hitam, mee kari dan nasi jagung. 

Wahh banyak jugak berjaya masak walau sorang-sorang duk berperang kat dapur huhu..

Macam biasa kakNi kongsikan resepi masak kat blog supaya senang agak-agak lupa kang kakNi belek sini balik hihihi

Okeh! Bahan-bahannya :

4 ekor ayam potong kecil atau potong 16 - bersihkan dan lumur garam sedikit dan kunyit
- goreng separuh masak

Cili kering yang dah siap kisar (kakNi kisar bersama minyak masak bagi tahan lama simpan dalam peti)

3 batang serai
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji tomato belah 8
Bahan Blender
2 biji bawang holand
4 biji bawang merah besar
1 biji tomato

Bahan atas ni kisar bersama
Bahan bawah ni kisar asing dengan bahan atas

2 labu bawang putih
3 inci halia

Cara-cara

Tumis 4 sekawan
Masuk pulak bahan kisar bawang putih dengan halia dulu. Tumis sampai wangi

Baru masuk bahan kisar bawang merah pulak. Dah wangi masuk pulak cili kering kisar. Agak-agak ikut kepedasan. KakNi letak sikit sos cili. Serai jangan lupa masuk skali...
Tumis sampai pecah minyak lepas tu boleh la masukkan ayam dan tomato belah 8. Kacau agak lama sampai ayam betul-betul kecut (kakNi suka sampai ayam agak hancur sedikit (agak-agak tulang senang lerai dari isi tu la)
Perasakan la dengan garam sikit dan gula melaka.

Merecik-recik ko..habis 1 dapur kena bersilat bersihkan.

Okeh! Siap! Alhamdulillah sedap!

Apa Berlaku Apabila Kanak-kanak Demam?



Bila anak demam antara orang yang paling risau tentulah ibunya kan. Sabtu lalu Affan demam panas, makan ubat demam hanya kebah sejam lebih sahaja. Lepas tu suhu makin meningkat balik. Kain tuala buat jelum kepala dan badan memang tak lekang dari badan. Sesekali bagi mandi, tengah malam tu ibu keluar pergi petik daun bunga raya kat luar rumah buat ramas dalam air jelum. 



Petua orang kampung nak bagi turunkan suhu badan. Juga beberapa titis air basic H. Esokkannya kakak Alyaa pulak demam. Situasi yang sama dengan Affan, makan ubat pun kebah sekejap sahaja. Setelah berjumpa Doktor paediatrik Alyaa dan Affan diberikan antibiotik kerana ada jangkitan pada tekak mereka.

Kadang-kadang kita sebagai ibu ni nak jugak tau bagaimana, kenapa demam terjadi dan nak buat apa bila anak demam. Sebab kadang-kala demam mereka baik dengan sendiri tanpa apa-apa ubat. Selalunya kalau anak-anak saya demam dengan suhu yang tak membimbangkan saya hanya bekalkan mereka dengan pertahanan semulajadi sahaja iaitu dengan memberi 'first aid kit' di rumah iaitu nutriferon. 

Bagi 'askar-askar' dia bekerja menentang virus dan bakteria tanpa bantuan luar. Alhamdulillah esoknya demam dah baik. Tapi sekiranya demam yang membimbangkan elok segera berjumpa doktor.

Mengenali Apa itu Demam?

Suhu badan manusia berubah mengikut masa dan aktiviti. Lazimnya suhu badan akan menurun pada sebelah pagi dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam dan sekiranya anak-anak kita menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, bersukan dan sebagainya.

Demam adalah satu fenomena yang kerap berlaku dan merupakan antara punca utama kemasukan kanak – kanak ke dalam wad di seluruh dunia. Namun begitu, demam selalunya boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan di hospital.
Mengapa demam terjadi?

Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal. Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita.
Apakah penyebab demam?

Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:

  • Batuk dan selesema akibat jangkitan virus
  • Jangkitan pada tekak atau telinga
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan saluran kencing
  • Radang otak
  • Demam denggi
  • Demam campak
  • Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis

Kadang kala suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit seperti selepas mendapat immunisasi ataupun jika dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut bagi bayi yang kecil. Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Bilakah Perlu Berjumpa doktor dan tanda- tanda amaran yang perlu dikenalpasti?

Walaupun demam selalunya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, kita sebagai ibu bapa dan penjaga dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:

  • Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
  • Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
  • Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas

Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. 

Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:

  • Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
  • Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
  • Sawan
  • Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
  • Muntah atau cirit birit yang berterusan
  • Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
  • Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
  • Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
  • Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
  • Bengkak pada sendi-sendi
  • Demam yang berpanjangan
  • Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi

Apapun kita sebagai ibu kena sentiasa peka dan prihatin dengan kesihatan anak-anak kita. Alhamdulillah saya diizinkan Allah diberi peluang menjaga anak-anak 24 jam. Satu nikmat yang besar yang selalu disyukuri. Anak-anak membesar tanpa kita sedar dan kita pasti akan merindui setiap detik waktu yang kita ada bersama mereka nanti. Semoga kesayangan ibu membesar dengan sihat selalu.

Salam Sayang,

Aniey Yusoff
0137773122
aniey434@yahoo.com

Rujukan : Dr Alya Hamzah

Wednesday, 9 August 2017

Kesan Jangka Panjang Tulang Patah Selepas Kemalangan Jalan Raya Akhirnya Hilang Selepas 10 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Awal ramadhan lalu keluarga kami dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya sepupu kakNi bersama isteri dan anak kecil mereka yang baru berusia dalam 8 bulan. Allahuakbar..

Niat mereka sekeluarga pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk berpuasa bersama keluarga menjadi satu takdir yang akan dikenang sampai bila-bila. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa mereka sekeluarga walau kecederaan agak parah mereka alami.

Masing-masing suami isteri patah tangan, patah paha, patah tulang pinggul dan kecederaan dalaman. Mendengar patah tulang ni.. Allah seriau rasa. Mengambil masa panjang untuk pulih seperti biasa.

Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Teringat pengalaman sendiri yang terlibat dalam kemalangan masa tahun 2003 dulu. Masa ni naik motor bersama sepupu dan dilanggar jugak dengan motosikal lain di jalan besar Pasir Puteh - Kota Bharu. Sedar-sedar dah terbaring di tengah jalan raya. Nasib baik tak ada kereta lalu waktu tu kalau tak, tak tau la apa nasib selepas itu.

Masa ni kakNi berumur 20 tahun baru habis belajar matrikulasi dan sedang tunggu panggilan masuk ke Universiti tak lama lagi. Nak jadi cerita sepupu alhamdulillah tiada kecederaan serius manakala kakNi pula patah tulang selangka atau tulang bahu sebelah kanan.

Allahuakbar...derita rasa bila hilang kudrat untuk gagahkan diri. Nak tidur kena orang baringkan, nak bangun pun sama jugak. Berjalan lebih-lebih kan mula terasa ngilu kat bahagian tulang umpama tulang-tulang sedang bergeseran gitu. Mak la masa ni yang susah payah jaga kakNi. Lepas xray di hospital memang doktor cuma anduhkan tangan dan tiada apa-apa ubat..tunggu je la sampai baik. Sampai daging dah membaluti tulang kata Doktor.


Ginilah keadaannya..sumber Gambar
Selepas 3 bulan, dugaan lagi bila tangan tak mampu diangkat. Hanya mampu angkat separas telinga sahaja. Mula la masa ni sedih gile bila ingat dah tak sempurna dah aku ni. Mak bawak pergi berubat dengan ustaz, ustaz pesan supaya ambil putih telur ayam kampung setiap pagi untuk minum. Gigih la kakNi minum nak sihat punya pasal. Alhamdulillah selepas lebih kurang sebulan tangan berjaya diangkat tinggi sedikit.

Selepas dari kemalangan ni bermulalah episod kesan jangka panjang tulang yang patah ni. Langsung tak boleh mengangkat barang berat kerana terasa ngilu yang amat. Pernah tertidur mengiring di sebelah kanan tempat tangan patah tu. Masya Allah, bangun tu menangis kakNi sebab tangan rasa ngilu dan kebas yang amat. Sampai tahap tak boleh nak rasa la tangan tu. Menitik air mata menahan ngilu..

Beginilah keadaan yang kakNi terpaksa tanggung sampailah tahun 2013 yang lalu. Masa ni tengah mengandung anak ke 3 dan mula berkenalan dengan Set Lengkap Berpantang Shaklee. Yang mana ada ESP, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrik, Vitalea, Omega dan Alfalfa.

MasyaAllah rupanya bukan setakat membantu ibu-ibu kembali sihat dan bertenaga tetapi kakNi mula rasa perubahan yang sangat-sangat positif. Kalau dulu selalu sangat demam selsema yang macam nak pengsan asyik bersin je semakin sihat dan lama tak kena selsema, dulu resdung teruk sekarang dah hilang dan yang paling bersyukur sangat dan kakNi perasan adalah simptom-simptom kengiluan pada tulang tu semakin tiada. 

Kadang-kadang ada waktu baring menyusukan anak di sebelah yang kanan yang patah tu. Tiada lagi rasa ngilu dan kebas tu. Nangis bersyukur!

Supplement Untuk Tulang

Walaupun tak pernah amik khusus untuk tulang tapi bermula dari set berpantang membawa kepada perubahan yang baik dalam hidup kakNi.

Ostematrik iaitu tablet kalsium yang khasiatnya lebih dari segelas susu sampai sekarang kakNi tak pernah tinggal. Sebab kakNi tau orang perempuan sangat-sangat perlukan kalsium kerana kita ni banyak kehilangan kalsium terutama bila dah ada anak. Dan masa muda remaja dulu mana ada cukupkan keperluan kalsium sebagai bekalan untuk seterusnya. Ostematrik inilah yang sangat-sangat menjaga kebajikan tulang temulang kita dan juga otot.

Vitamin C juga wajib ambik sampai sekarang. Inilah rahsia resdung hilang, gatal hidung hilang dan juga baik untuk tulang sebab vitamin C ni lah yang bantu membina kolagen pada kulit dan menyokong peresapan kesemua vitamin dan mineral dalam badan.

Dah bagi cukup kalsium dan jaringan otot dan kulit yang sihat, kakNi tambahkan Omega untuk melincirkan pergerakan sendi-sendi sebab tak mau dah rasa sakit sendi tulang ni sebab tau bagaimana rasanya ngilu itu..tak dapat digambarkan.

Alhamdulillah sekarang amat mensyukuri nikmat tulang dan sendi yang sihat. Tu yang kena jaga tu, sebagai supermak kena la pastikan semua sihat. Cuba sakit kaki atau lenguh-lenguh lutut tak berkejaran la nak amik dan hantar anak-anak dari sekolah pulak.

Cuba kalau sampai sekarang ni kesan ngilu tulang tu masih ada agak terbatas kakNi nak buat kerja. KakNi memang sangat yakin dengan Shaklee sebab ia adalah supplement yang paling selamat tanpa bahan bahaya dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. 


Alhamdulillah..boleh ber baby wearing dengan gembira

Inilah Shaklee Effect yang wajib saya bersyukur dan hargai. Jadi kena jaga betul-betul anggota badan kita ni. 10 tahun lamanya kesan jangka panjang akibat patah tulang yang kakNi alami akhirnya hilang!

Syukur dapat berkongsi dengan semua apa yang kakNi rasa bila tengok orang patah tulang. Sangat memahaminya bila rasa ngilu itu. Jika ada pertanyaan, boleh whatsapp sahaja kakNi 0137773122. KakNi bagi tips cepat sembuhkan luka dan pembaikan tulang.

Mahu tamatkan derita ngilu tulang? KakNi sedia membantu!

Ikhlas Dari Hati Yang Gembira Dapat Memberi Manfaat Pada Mereka Yang Memerlukan

Aniey Yusoff
0137773122

10 Tahun Mengalami Kesan Jangka Panjang Tulang Patah






Wednesday, 24 May 2017

Diserang Kayap Ular Sampai Tak Boleh Bangun

Sebulan yang lepas kakNi dan semua saudara mara dikhabarkan dengan berita Maklong kami diserang kayap ular yang teruk sampai maklong tak boleh bangun.

Allahuakbar kesian tengok maklong. Punya kami nak bawa pegi hospital tapi maklong tetap berdegil tak mau pergi hospital. Kesnya maklong serik pernah kena tahan lama sebab kulitnya terbakar dalam selepas insiden dapur gas meletup dulu. Biasala orang tua fobia sikit dengar hospital.

Merata pergi berubat tradisional tapi tak baik-baik sehingga amik juga ubat di klinik. Alhamdulillah dah baik tapi kata maklong walau luka luar dah baik tetap rasa berbisa kat dalam.

KakNi nak kongsikan apa yang boleh diusahakan apabila diserang kayap selain berubat di hospital. Kita ikuti apa kata SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!

Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..



 

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Sakit mata melihat pedih lagi orang yang merasai. Patutla orang panggil kayap ular, dia punya naik keliling bawah dada sampai penuh la.

Ikhtiar untuk sakit kayap dengan set shaklee? Hubungi kakNi tau

Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

Tuesday, 23 May 2017

Kepentingan Mengambil Kolagen Terutama Kepada Mereka Yang Menderita Sakit Lutut

Dalam banyak-banyak kolagen kenapa tetap tak sama dengan kebanyakkan kolagen lain di pasaran? Kena baca sampai habis dulu la gitu. KakNi pun risau nak telan kolagen sembarangan. Kang dapat penyakit lain pulak..

Kepentingan mengambil Shaklee Collagen Powder (SCP)

Seringkali kita sebut kolagen je mesti ingat pasal kulit kan? Kulit cantik, halus, gebu gebas semua la kan. Malah dalam web dan product guide Shaklee sendiri, cerita pasal kolagen banyak menyentuh soal kulit je kan? Ini adalah kerana clinical studies yg dijalankan ke atas SCP adalah berkaitan dengan kulit.

Ni la Shaklee, dia hanya akan claim utk perkara-perkara yang dia ada buat studies je. Memang Shaklee tak kan claim yang bukan-bukan "kolagen shaklee untuk sendi dan otot" contohnya. Dah gitu, orang sakit lutut sakit sendi boleh ke makan kolagen Shaklee?

Kita tengok pulak manfaat kolagen. Sangatt banyakkkk manfaatnya bukan untuk kulit semata. Kolagen adalah protin yg paling banyak terdapat dalam badan kita. Ia ada dalam kulit, otot, salur darah, tulang, tendon, sistem pencernaan dan lain-lain lagi. Ia penting dalam memberi kekuatan dan daya elastik pada kulit, baiki sel dan sebagai gam untuk lekatkan anggota-anggota badan kita.

Badan kita hasilkan kolagen secara semulajadi. Tapi  bila dah masuk usia 30-an, pengeluaran kolagen ni jadi slowdown... haaa masa ni la kita mula nampak kedut-kedut kat muka, lutut mula rasa bergetar, sengal sana sengal sini.... dan paling tak best, sekarang ni muda-muda pun dah rasa simptom-simptom tu. Kenapa? Sbb banyak sgt benda yg boleh memusnahkan kolagen kita seperti :

- pengambilan gula
- asap rokok
- pendedahan kepada matahari
- pencemaran udara
- kurang nutrisi
- stress

Haaa... thats why penting kita amal colagen ni. Bukan setakat nak cantik je. Kolagen juga meningkatkan metabolisma tau. Hurmm kalau nak listkan manfaat colagen ni memang sangat banyak. Bukan sekadar kulit cantik je.

Jadi jangan terkejut pulak orang sakit lutut tapi kami pengedar Shaklee cadangkan supaya amik kolagen shaklee. Nak beli sekotak? Boleh! Tapi kalau dapat jimat ratus ringgit dan siap FREE ahli baiklah grab terus 3 kotak!

Cepat-cepat roger kakNi tau!

Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

Monday, 22 May 2017

Ganjaran Jadi Ahli Shaklee Dan Nikmati Manfaat 3C Yang Super Best!

Melihat update dari upline-upline pergi trip Shaklee ke Jepun rasa best yang amat! Ya Allah satu hari aku pun mesti sampai!

Trip 6 bintang untuk leader yang layak. InsyaAllah semua pun boleh dan semua pun bermula sebagai distributor Shaklee.
Di dalam bisnes Shaklee ada 3C yang Shaklee tawarkan iaitu :

1) Cash

Untung tunai hasil dari jualan runcit kepada customer yang bukan ahli. Eh ada lagi..ini baru untung runcit belum masuk BONUS lagi!

Shaklee membayar bonus kepada pengedarnya 15hb setiap bulan. Makin besar uv jualan maka makin gemuk la bonus masing-masing.

2) Car Bonus

Wah! Bonus kereta tau! Bonus kereta bukanlah bermaksud Shaklee bg kereta sebijik tapi Shaklee bagi dalam bentuk duit setelah lengkap semua kelayakan untuk dapat ni.

Duit tu boleh la buat bayar bulanan kereta kalau kita beli kereta atau kalau tak beli kereta pun boleh buat belanja je duit tu. Nak tau detail kena la whatsapp kakNi di hujung entry nanti 

3) Convension (Percutian)

Sebagai reward kepada semua pemimpin jualan Shaklee hadiahkan percutian bertaraf 6,7 bintang samaada di dalam atau di luar negara.

Macam cycle 2016/17 ni mereka semua ke Jepun! Layanan 7 bintang!



Dengan trip Shaklee tak perlu berfikir nak cari tempat makan halal, tempat solat dan sebagainya sebab semua Shaklee sediakan KHAS untuk leader muslim. Siap satu dewan tempah khas untuk ruang makan halal dan di bilik diletakkan arah kiblat. 


Tempat makan pulak semuanya super best! Hotel pun semua yang mahal-mahal!


Wow! Delegasi Shaklee dapat dinner dengan Dr Kojima. Insan pertama yang buat penyelidikan selama 40 tahun dan jumpa interferon lalu mencipta Nutriferon. Berusia 92 tahun Dr Kojima sekarang. Besarnya jasa beliau terhadap menyumbang kesihatan pengguna Shaklee.
 
Uols nak dapatkan ganjaran 3C yang Shaklee tawarkan ni? Cepat-cepat whatsapp kakNi tau. Kita jadi geng group iReach yang meletop tu!

Pengedar Shaklee Wangsa Maju 
Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

Sunday, 21 May 2017

Vitamin Untuk Anak Berpuasa Supaya Kekal Cergas Dan Aktif

Alhamdulillah..beberapa hari saja lagi umat Islam akan mula berpuasa. Anak-anak dah mula bertanya diaorang sekali ke kena puasa? Masa diaorang umur 4,5 tahun diaorang puasa tak? Boleh bawak air pergi sekolah tak? Dan berjela lagi la soalan..jenuh pulak nak menjawab 😂

Kakak Alyaa sekarang dah 9 tahun. Sejak 5 tahun lagi mula puasa. Affan dah 7 tahun. Tapi ibu dah pesan awal-awal solat 5 waktu kena cukup dulu. Semalam sempat kakNi hadir ke majlis ilmu kat tempat diaorang mengaji Quran di DAR al-quran Dato Keramat.

Selepas solat Dhuha, ada kuliah khas sempena kedatangan Ramadhan. Ustaz pesan, jangan ajar anak-anak kita boleh puasa separuh hari tapi ajarlah anak kita sebagaimana yang telah diperintahkan. Berpuasa mula dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari dan diharuskan berbuka bagi mereka yang berada dalam keadaan tertentu seperti sedang bermusafir, uzur, kesihatan yang memudaratkan dan sebagainya.

Supaya nanti tak ada la anak kita nanti mula rasa nak mengelat puasa, kan boleh puasa separuh hari..hihi..apapun mak dan ayah kena la sentiasa pastikan anak-anak masing-masing fit dan kekal cergas terutama di sekolah.

Lapar tu mungkin boleh tahan lagi tapi dengan cuaca panas sekarang sangat membuatkan tekak kering dan terlampau dahaga. Takut dehidrasi pulak. Budak-budak biasa la waktu sahur berapa mulut nasi je lalu ditelan melayankan mata yang tengah mengantuk.

Salah satu cara untuk membantu anak-anak kita berpuasa penuh sambil kekal cergas ialah set mighty gems iaitu Mealshakes dan Performance Drink.


Air performance drink ni memang sebelum puasa pun anak-anak seronok minum. Suka sebab rasa oren yang sedap! 


Orang kata nak puasa tak payah makan apa-apa vitamin pun baru manfaat puasa dapat kita rasai. Tapi kalau letih lesu sampai nak solat pun tak larat, asyik terbaring tidur je..cenggini apa kes pulak?

Perlukan konsultasi dan pertanyaan kakNi sedia membantu. Segera berhubung dengan kakNi tau!

Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

 
 

Saturday, 20 May 2017

Cara Hilangkan Ekzema Pada Kepala Dan Muka Bayi

Anak-anak kakNi sewaktu bayi alhamdulillah tak ada masalah ekzema. Jadi waktu diaorang kecik-kecik memang tak ada pengalaman dengan masalah eczema sehinggalah anak no 3, Aimy berusia 3 tahun.

Bermula dari gatal-gatal yang sedikit pada kaki sampai la dah jadi teruk dan merebak sampai ke peha dan betis. Lepas tu terusla satu badan jadi gatal dan tergaru-garu.

Sampai ke kepala Aimy tergaru-garu hingga berdarah-darah sehingga kakNi terpaksa balutkan kaki dia untuk elak dari menggaru. Sejak dari ni memang kakNi jaga pemakanan dia. Selepas beberapa siri pengenalpastian makanan yang boleh mencetuskan alahan maka kakNi putuskan makanan berikut adalah alah pada Aimy dan dihadkan pengambilan (food test kat klinik bakal dibuat) 

● gula putih (tak kira gula terang atau tersembunyi dalam makanan)
● gandum terutama roti putih yang wajib ada setiap hari kat rumah
● fast food (aimy memang jarang sangat amik fast food )
● telur
● seafood (perasan lepas makan sotong terus tergaru macam apa ntah)

Jadinya nak tarik perhatian dia kakNi banyakkan beli buah-buahan. Nasib baik Aimy memang peminat buah. Dan begitulah beberapa siri 'baik lepas tu gatal, baik lepas tu gatal balik'. Untuk luaran kulit Aimy, kakNi lumurkan dengan Herbal Blend sekerap yang mungkin bersama minyak kelapa dara.

Dalam susu dia jugak kakNi tambahkan dengan multivitamin Mealshakes untuk menyokong kesihatan kulit, mata dan rambut. 


Alhamdulillah selepas hampir setahun kulit mengalami eczema..akhirnya sekarang tinggal parut je. 

Krim herbal blend dan Mealshakes ni memang satu kewajipan di rumah. Buat losyen harian 1 keluarga. Selamat tanpa parabens!



Anak saya tak ada eczema boleh ke amik? Set ni bukan untuk anak eczema sahaja malah satu keperluan untuk tumbesaran anak-anak. Mealshakes ada 24 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk anak-anak. 

Perlukan konsultasi dan ada pertanyaan? Tanya kakNi tau!

Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Aniey Yusoff
ID 887558


Thursday, 18 May 2017

Masalah Jeragat Dan Kulit Kusam Mula Pudar Selepas Amalkan Vivix

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su. Saya berusia 40 tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.

Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee. Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat. Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang. Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang. Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.

Disamping masalah batu karang  saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening  dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony  suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja. Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.

Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri, tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu. Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan  saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.

Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab  nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini. Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini.

Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.

Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…

(Puan Suhaila Abdul)

Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

Wednesday, 17 May 2017

Power Mata Menurun Dan Tak Perlu Pembedahan Katarak Mata

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 44: SABARIAH ABDUL RAHMAN

[DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE DAN CAROTOMAX]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.
.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 
.

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.
.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.
.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.
.

Terima kasih.



 

Tuesday, 16 May 2017

Muka Berjerawat Batu Sampai Malu Nak Jumpa Orang

Dah la muka penuh berjerawat lepas tu sebesar alam pulak jerawat tu, dengan bengkak dan bernanah lagi..malu tau malu! Ini kalau diri sendiri memang terlajak malu dah nak jumpa orang.

Agaknya apa yang orang fikir bila tengok muka kita gitu kan?

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 39: NORSHAHIDA MAMAT

[KRISIS PEMULIHAN RESDUNG & JERAWAT SELAMA DUA BULAN YANG AMAT BERBALOI DENGAN PRODUK SHAKLEE]
.

Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.
.

Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya  terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa. 
.

Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni! Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala. Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.
.

Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik. 
Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani. 
.

Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam. Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.
.

Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya. Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten. 
.

Alhamdulillah.. berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan .. masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih. Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.
.

Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan. 
.

Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya. Inilah Shaklee Effect saya!

Monday, 15 May 2017

Akhirnya Resdung Makin Berkurang Dan Hidung Tak Gatal Lagi

Siapa yang pernah ada resdung memang tau la azabnya macam mana bila asyik tergaru-garu hidung. Satu muka rasa gatal yang amat! Terasa bagai ada makhluk-makhluk halus sedang merayap di serata muka.

Dah la seminggu sekali wajib selsema dan bersin berpanjangan..sok sek sok sek hidung berair. Pernah tau kakNi ni dek terlampau tak tahan sangat gatal hidung sampai merah-merah hidung digaru..pernah la rasa nak cabut je hidung lepas tu sental kejap dengan berus besi huwaaa...

Oitt dulu kakNi pernah pergi berubat tradisional tau. Yang buat asap-asap tu la haha rasa kelakar pulak maklumla masa ni budak-budak lagi. Orang kata boleh tengok ulat jatuh dalam air. Daku tunggu-tunggu tak ada nampak ulat pun..

Dari kecik ada resdung sampai la dah besar panjang. Tapi sekarang dah tamat dah zaman resdung tu. Syukurlah! Dah tak ada lagi dah rasa seksa gatal muka. Bonus pulak kulit rasa licin je! Haa macam mana buat bagi hilang resdung?

Apalagi kalau bukan set resdung Shaklee! Ohsem sangat! Lagi ohsem bila korang dah dapat makan makanan favourite korang yang selama ni kena pantang!


Haa..inilah set kesayangan sejak kenal Shaklee sampaila sekarang!







Nak tahu apa Kebaikan Set Resdung Shaklee?

  • Alfalfa bertindak sebagai agen detoks untuk detokskan badan dari toksin penyebab alahan
  • Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung 
  • Bcompleks bertindak sebagai penstabil hormon dan mengurangkan kesakitan
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan badan melawan penyakit
  • Mempercepat proses baik pulih tisu tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Mengurangkan alergi dan kegatalan pada muka dan kulit

Korang sama macam kakNi? Penghidap resdung sejak zaman berzaman lagi? 

Alternatif untuk korang cuba set resdung ni. Untuk konsultasi yang lebih detail. Segera hubungi KakNi tau!

Aniey Yusoff
ID 887558

Sunday, 14 May 2017

Bisnes Online Shaklee Untuk Suri Rumah Berniaga Tambah Pendapatan

Assalamualaikum WBT

Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun kakNi tinggalkan dunia bekerjaya hakiki. Walau tak ada la berjawatan besar pun tapi alhamdulillah itulah yang menjadi sumber rezeki pertama kakNi selepas tamat belajar.

Bila dah tak bekerja dan secara rasmi jadi suri rumah sepenuh masa..siyukur sangat sebab anak-anak 24jam depan mata. Walau kadang memang menuntut kesabaran luar biasa kakNi tak menyesal tinggalkan kerjaya.

Ramai kawan-kawan cakap..rugi la berhenti kerja nak cari kerja zaman sekarang dah la susah, nanti dah tak ada pendapatan sendiri dan harapkan duit suami je..susah tu.

Eh zaman sekarang apalagi buat bisnes online la. Dalam banyak-banyak bisnes online memang dah tertulis rezeki nak bersama dengan Shaklee. Dari yang tak reti meniaga tapi bila bersama Shaklee dan bantuan dari upline-upline Alhamdulillah dapat ilmu yang sangat banyak dalam memulakan bisnes.

Bisnes Shaklee la yang paling hot. Boleh buat tambah pendapatan tanpa perlu susah payah fikir pasal rugi, modal dan stok.

Sebab kenapa pilih bisnes Shaklee?

1) Produk Terbaik Di Dunia

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang keluarkan multivitaminnya iaitu mineralised pada tahun 1915. Cer kira dah berapa tahun dah tu? 102 tahun!

Terbaik tak? Multivitamin pun dah berusia lebih 100 tahun. Shaklee jugak satu-satunya company yang gila melabur juta-juta USD malah billion untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk.


Kalau nak fikir untung tak payah buat pun takpe kan. Tapi Shaklee sangat komited untuk keluarkan produk yang benar-benar selamat kepada penggunannya.

Hasilnya, Shaklee tak payah bayar untuk iklan pun. Testimoni bergerak dari mulut ke mulut setelah ramaiiiiii berpuas hati dengan keberkesanan Shaklee. Ada pengguna di Malaysia dah gunakan Shaklee lebih dari 30 tahun dah.

2) Sistem Online 100%

Ni yang bestnya untuk suri rumah yang 24 jam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak.

Sambil tidurkan anak pun boleh proceed order. Sambil tunggu anak keluar dari sekolah pun boleh daftarkan keahlian.

Setiap ahli akan dapat access ke web Shaklee2u ni melalui id masing-masing. Dalam web shaklee2u ni korang boleh :

● Buat pembelian online
● Check status order
● Daftar keahlian
● Check bonus
● Update promosi semasa
● Jadual seminar atau bengkel kesihatan
● Tengok prestasi group bisnes
● Download artikel-artikel kesihatan


Semuanya di hujung jari. Dari tekan-tekan gadjet tak ada tujuan lebih baik tekan-tekan boleh buat tambah pendapatan kan?

3) Peluang sama rata

Kau dah master lain la..ko dah banyak pangkat untung la...hakikatnya dalam bisness shaklee peluang adalah sama setiap orang tak kira korang adalah distributor mahupun Master Coordinator sebab setiap bulan prestasi bonus adalah bermula dengan 0

Masa awal-awal berbisnes Shaklee dulu terujanya tengok masing-masing update naik rank la, dapat jual Vivix 50 botol la yang mana mesti uv ribu riban ni.

Bila upline terangkan yang setiap awal bulan semua uv adalah 0 dan tiada carry forward uv..maknanya peluang setiap orang adalah sama.

Jadi inilah bisnes online yang tak perlu fikir pasal rugi, nak simpan stok dan nak sewa kedai bagai. Gunakan saja semua medium online yang ada untuk jana pendapatan sendiri.

Siapa kata suri rumah tak boleh ada income sendiri? Beribu suri rumah bershaklee dah buktikan yang mereka dah capai hampir 10 angka setiap bulan.

Nak daftar keahlian dan masuk group best iReach segeralah hubungi kakNi ye!

Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122

Saturday, 13 May 2017

Apa Yang Menjadikan Shaklee Berbeza Sampai Doktor Pun Pilih Shaklee Jugak

Orang kata makan je lah vitamin apa-apa jenama pun. Sama je vitamin jugak. Nak senang beli yang ada kat farmasi tu berlambak pelbagai jenama ada.

Gitulah antara kata-kata BIASA kita dengar kan? Dah tu kenapa kakNi ni pilih Shaklee jugak? Sebabnya mereka yang cakap macam tu belum tau akan keistimewaan Shaklee dan kakNi jatuh cinta dengan Shaklee selepas tau semua  mengenai Shaklee.

Vitamin Shaklee tak sama level dengan pelbagai jenama di luar sana sebab di Shaklee ada barisan saintis yang sentiasa bertungkus lumus menghasilkan yang terbaik untuk kesejahteraan pengguna.

1) Landmark Study

Tak payah fikir jauh di Shaklee ada landmark study yang tiada lagi mana-mana syarikat lain berani buat. 


3rd party yang buat kajian yang tiada kaitan apa pun dengan Shaklee. Keputusan negatif atau positif tetap dipublish. Semestinya hasil keputusan adalah menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.


2) Pilihan Angkasawan

Kalau Shaklee tak betul-betul bagus takkan pulak NASA sanggup ambil vitamin Shaklee untuk angkasawan mereka.



3) Jaminan 100% selamat tanpa bahan kimia berbahaya

Shaklee memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat. 

4) Pelaburan berjuta USD untuk R&D

Shaklee membelanjakan berjuta USD semata-mata untuk pembangunan produk demi memastikan kesihatan dan keselamatan penggunanya.

5) Kami adalah Duta Shaklee

Kalau korang perasan Shaklee tak pernah melantik Duta yang terdiri dari orang-orang terkenal untuk promosikan produknya kerana bagi Shaklee dari membayar untuk pengiklanan lebih baik digunakan untuk membayar bonus kepada semua pengedarnya.

6) Pengeluar Vitamin pertama di dunia

Shaklee merupakan syarikat pengeluar vitamin pertama di dunia dan vitamin yang mula-mula dikeluarkan ialah Vitalea yang dulunya dikenali sebagai Mineralised yang kini telah berusia lebih 100 tahun.

7) Vitamin Shaklee hasil ciptaan para saintis

Setiap produk Shaklee seperti bagaimana bentuknya bulat, lonjong, cecair atau tablet telah diuji terlebih oleh saintis kenapa bentuknya begitu. Mesti ada sebab disebaliknya. 

Ini baru bentuk, malah setiap bahan mentah yang diambil turut diuji dengan ketat bagi memenuhi standart yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Sekiranya ada yang tidak memenuhi standart maka Shaklee lebih rela untuk tidak mengeluarkan produk itu.

Semua vitamin adalah sama? Mungkin boleh fikir semula kot. Dalam group kami iReach sendiri ramai doktor dah pilih Shakle. Pilihan kakNi semestinya vitamin ciptaan saintis. Belum terlambat untuk bertukar jenama. Yang pasti kena hubungi kakNi. 



Aniey Yusoff
ID 887558

Friday, 12 May 2017

Mengurangkan Pigmentasi Pada Kulit Wajah Yang Sukar Dirawat Tanpa Rawatan Laser

Pigmentasi hanya boleh dirawat dengan rawatan laser? Menurut Dr Koh Chuan Keng, seorang pakar kulit dan juga Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, pigmentasi tidak boleh dirawat walau secanggih mana pun teknologi yang digunakan. Ia hanya boleh dikurangkan atau dihalang kemunculannya sahaja.

Pigmentasi terbentuk akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit. Selain hormon, faktor genetik sangat mempengaruhi masalah pigmentasi ini.

Menurut Dr Koh lagi, 90 peratus wanita memiliki melasma dan pigmentasi mungkin berwarna sedikit cerah pada awalnya namun ia bertukar menjadi lebih gelap sejajar dengan pertambahan usia.

Rawatan laser sebenarnya tidak berkesan mengatasi masalah pigmentasi. Malah keberkesanannya kadangkala jauh lebih rendah berbanding krim pencerah.

Produk Untuk Mengurangkan Pigmentasi

TESTIMONI 022 : SUHAILA ABDUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.

Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.

Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang. Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami. Disamping masalah batu karang  saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening  dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony  suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.

Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.

Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan  saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.

Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu. Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab  nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini. Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini.                                                                             Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik. 

Alhamdulillah. Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…




 


 


 

Thursday, 11 May 2017

Produk Untuk Mengurangkan Sakit Sendi Dan Lutut

Selalu sangat kita tengok golongan warga emas yang mengadu sakit lutut dan sendi kan? Tapi sekarang dah tak kira muda tua dah, ada tu muda-muda lagi dah sakit lutut.

Ada kawan kakNi dulu masa form 5 lagi dia sakit lutut. Lepas folow up kat hospital rupanya cecair antara tulang dah berkurang. Doktor cadangkan supaya dilakukan pembedahan.

Kesian tau bila sakit lutut ni sebab nak berjalan tak boleh, nak bangun pun sama. Sanggup ke tengok orang-orang tersayang kita bertongkat atau memapah-mapah nak berjalan?

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 6 : SITI ROZITA OTHMAN

[SAKIT SENDI DAN LUTUT BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Apa perasaan anda bila terseliuh,  kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut . Betul tak..?
.

Begitu lah yang terjadi pada saya . Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.
.

Tak senang duduk melayan hh3 beradik ni.  Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan. 
.

Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.
.

Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.
.

Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari. 
.

Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit,  Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan. 
.

Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat ubagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix,  rasakan perbezaannya.

Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.
.

Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri.  
. The 

Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.


Dulu pelik jugak bila sakit lutut je semua pakat cadangkan supaya amik kolagen. Sekarang jangan pelik pulak ye! Kolagen bukan untuk cantik sahaja tapi penting untuk mengekalkan bendalir pada tulang rawan.

Best tau dengan pembelian 2 kotak kolagen dan sebotol Vivix korang dapat PERCUMA keahlian! Segera hubungi kakNi tau!

Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122


 

Wednesday, 10 May 2017

Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Supaya Kulit Kembali Licin Dan Cantik

Assalamualaikum WBT

Memiliki kulit yang bersih dan licin sebenarnya bukan untuk kelihatan cantik di mata sahaja malah lebih kepada nak tampil berkeyakinan berdepan dengan orang dan diri sendiri terutamanya.

Muka berjerawat sahaja pun dah mendatangkan rasa tak selesa ni apatah lagi bernanah, jerawat batu dan mengeluarkan darah pulak.

KakNi pernah zaman berjerawat dan bernanah dulu-dulu..masa ni kalau la boleh tutup muka rasa nak tutup dah muka tu. Bercakap dengan orang rasa nak tunduk je muka. Malu! Rasa orang bercakap dengan kita duk tengok tang jerawat tu je.

Punca Jerawat Bernanah

1) Pemakaian Bahan Kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit dan mengundang pembiakan bakteria

2) Memicit jerawat. Selalu memicit jerawat sebenarnya boleh menyebabkan jerawat bernanah dan berdarah sebab kita sedang memindahkan bakteria dari tangan kepada jerawat.

3) Muka yang berminyak. Minyak pada wajah boleh menyebabkan jerawat menjadi bernanah

Cara Nak Hilangkan Jerawat Bernanah Dan Berdarah

1) Banyakkan makan makanan yang sihat. Kurang lemak dan berminyak

2) JANGAN memicit jerawat. Syok tu memang syok tapi kesan selepas tu yang tak syok

3) Menjaga kebersihan kulit muka. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Paling best pakai pencuci muka Nutriwhite

4) Bersihkan muka dengan peralatan yang bersih. Jika perlu bersihkan muka pastikan kapas atau tuala yang digunakan adalah bersih.

6) Detoks toksin. Toksin yang menimbun dalam badan boleh mengundang kepada masalah jerawat yang teruk.

7) Amalkan pengambilan vitamin yang tinggi antioksida seperti Vitamin C dan Vivix. Antioksida mampu menghalang radikal bebas yang menyebabkan jerawat dan membaiki struktur kulit yang rosak.



Aniey Yusoff
ID 887558
0137773122
 


 

Tuesday, 9 May 2017

Produk Putihkan Kulit Muka Dengan Selamat Dari Tumbuhan

Sebagai seorang pengedar Shaklee bukan hanya tau nak jual produk sahaja malah wajib jugak ada ilmu pasal bisnes dan produk. Baru la orang tanya kita tak tergagap nak jawab. Tak profesional pulak kalau ada orang tanya tapi kita jawab tak tahu. Eh macam mana ni awak jual tapi awak tak tau pun?

Bersama Shaklee rasa bersyukur sangat sebab peluang untuk menimba ilmu tu sentiasa ada. Kalau tak upline yang buat kelas, company Shaklee pun selalu adakan kelas, bengkel atau seminar pasal produk, strategi bisnes dan banyak la. 

Berpeluang timba ilmu dari yang pakar memang satu kebanggaan sebab ilmu tu kita dapat orang yang lebih arif. Macam peluang hadir ke bengkel asas kecantikan Shaklee oleh nutritionist Shaklee cawangan Sri Rampai iaitu Cik Nurul. 

Haaa ada demo pulak Set Kecantikan Nutriwhite. Dah lama teringin nak kutip ilmu tentang set kecantikan yang super best ni. Ish kakNi cakap super best sebab walaupun baru pakai 2 produk dari set kecantikan ni tu pun dah rasa bestttt sangat. Yang penting kulit jadi bersih dan putih.

Owh sebut putih sapa yang tak nak kulit putih kan?? Jangan ingat brand lain tak boleh buat kulit korang jadi putih tau. Tapi dengan set kecantikan Nutriwhite dijamin bukan kulit sahaja putih malah ia membaiki dan menghalang kulit dari dirosakkan oleh sinaran uv yang akan menyebabkan masalah jeragat, jerawat, penuaan kulit dan kulit berminyak.

Seindah namanya Nutriwhite, sememangnya set kecantikan ini direka cipta khassss untuk kulit wajah orang Asia. Kita la tu termasuk sekali jangan tak tau pulak.

KakNi memang yakin dengan kesemulajadian dalam pembuatan set kecantikan Nutriwhite ini. Oohh kakNi memang tak berani nak amik produk yang sembarangan yang tak diketahui apa kandungan di dalam produk tu. Semua orang boleh claim produk diaorang selamat tapi sudah terbukti oleh kajian klinikal tak? Ada RnD tak? Huhu takuttt tau dengan kesan sampingan produk yang kita tak tau kandungan ni. Lepas tu banyak pulak yang tiruan.

Nutriwhite Shaklee dicipta oleh saintis dan pakar kulit dari Jepun dan Amerika. Terdiri dari 16 tumbuhan dan herba semulajadi yang diambil dari serata dunia. 16 tau! Bukan 1 atau 2 tapi 16!!


Kita sebagai pengguna WAJIB alert sikit tentang bahan-bahan yang kita nak guna ni..tambah-tambah nak makan atau letak kat muka. Entah produk dari mana-mana entah beli timbang kilo dan bancuh sendiri belakang rumah. Kita pun tak tau kan? Jangan nanti muka rosak, sakit pun dapat. Apa ada merkuri? Plumbum?

Super best Nutriwhite ni sampaikan tak leh tahan tengok feedback positif masing-masing. 


Nak bermula dengan set penjagaan kulit wajah yang selamat? Dah serik muka rosak akibat produk tak selamat yang lain? Hubungi kakNi segera tau! 

Aniey Yusoff
ID 887558